Friday, November 26, 2010

lobak oh lobak!




Cerita budak kecik...umur 6 tahun..Semalam ada kenduri arwah nenek dia...
Budak kecik ini lepak la dengan makcik-makcik dia kat bahagian dapur...Time tu
Makcik-makcik dia tengah sibuk kupas bawang..hiris lobak...
And then satu pertanyaan dari budak kecik ini...

Budak kecik : Tu apa ?
Makcik Dia yang sedang asyik hiris lobak merah....
"ini lobak merah"...
Budak kecik tu rasa tak puas hati...dia ulang lagi pertanyan yang sama...
Budak kecik : tu apaaa??
Makcik dia jawab dengan jawapan yang sama....
"Lobak merah laa sayang"..
Budak kecik tu pun ingin membetulkan jawapan makcik dia...
"tu bukan lobak merah...tu lobak oren"...

p/s : budak akan cakap apa yang dorg nampak dan jujur dengan jawapan nya...(kekadang aku pun buta warna...hohoho






Saya terbaca di ruangan sebuah majalah  mengenai lobak merah yang dapat menyembuhkan berbagai bagai penyakit. Tumbuhan ini  dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap saperti A,B dan C,
garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan  dan pembiakan kanser yang ditakuti
masyrakat baik lelaki mahupun wanita, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama teh untuk
penawar sakit kembung perut di kalangan kanak kanak.

Lobak merah juga berupaya mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, ghout, penyakit jantung, penghadaman dan penglihatan.

Menurut Nichiolas Culpepper, penulis buku "The Complete Herbal" lobak merah mempuyai keupayaan memecahkan angin, menyembuhkan luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun lobak merah dihancurkan bersama madu, ia boleh menyembuhkan luka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...