Friday, July 29, 2011

syoknya meludah... =.='

assalamualaikum semua ^^

ok...harini alang nak cerita pasal kisah meludah...
ha....meludah...

sapa tak tau maksud meludah buleh angkat tangan..lepas angkat tangan ketuk kepala sendiri tau ?? hahaha


alang percaya...ramai yang tau apa tu ludah...terutamanya lelaki...dan sory to say meludah tu menjadi "kegemaran" orang lelaki..

ye dak?

tak nak terima ?

ok....untuk perempuan yer....cuba korang meludah tengok tepi2 jalan kan...depan orang ramai kan....kan.....

agak2 orang tengok tak?

mesti punya...ada makcik2 ka...tokcik2 ka...pakcik2 ka...budak kecik2 ka.....kata korang yang perempuan nie macam nie.....

'euuwww...tak sopan nya budak perempuan tu..ish3...euuwww2."

kannnn...??

tapi....cuba orang lelaki meludah tepi2 jalan macam tu....

ada tak orang nak buat statment euwww2 tu?

kalau ada tu alang percaya dia tu memang tak suka yang tak sopan macam tu...
 dan orang kebanyakannya buat tak tau ja kalau orang lelaki meludah....


tapiii.....haaa...ada tapi.....

meludah nie alang nak bahagikan dengan dua bahagian...iaitu

MELUDAH BAIK VS MELUDAH JAHAT


haaa..tudia...meludah pun ada dua tau...baik dengan jahat...ala....kan dekat dunia nie semuanya berpasangan...tak gitu? :P


meludah baik?
meludah ja la.....tak da masalah....sapa tak meludah memang dia tak normal...hahaha...tapi...orang yang kategori meludah baik ni....diorang tak kan meludah tepi2 jalan...atas2 lantai suka hati diorang....dari tingkat atas turun bawah...atas motor !..haa...atas motor paling bengang..

tapi diorang akan pergi tandas dan meludah elok2..tak pun cari longkang mana2 ka kalau tak da tandas kan.....baru lah malaysia bersih !

meludah jahat?
lain pulak orang yang kategori meludah jahat nie...suka2 hati ja nak meludah tanpa fikir orang lain...tanpa fikir kebersihan.....kalau ada penyakit ka...? haish...tak mau lah macam tu...alang pun pernah kena 'ludah orang'...ada ka patut time tengah bawak motor tu meludah.....tak sopan sungguh ! habis kena ludah dia....eeeeiiii.....balik2 tu basuh baju letak sabun seguni !...hahaha


haa...tulah....kita kan orang malaysia....orang yang berilmu...cemerlang gemilang terbilang lagi tu....tak kan lah pasal meludah nie pun nak kena ajar kan?
kita kena lah jaga kebersihan negara kita..baru lah bersih..barulah kurang penyakit..kan?

jadi....sapa yang meludah sesuka hati tu...fikir2kan lah keburukan dia..tandas dan longkang belambak kat malaysia nie kan?

wallahualam... ^^

Thursday, July 28, 2011

aku dah tau apa ending cerita ni...

bismillahirohmanirohim...dan assalamualaikum ^^

sory tak update semalam...alang sibuk sangat...pergh33......asyik2 sibuk kan?...tapi nak buat macam mana kan..hehe


awok : aku dah tau apa ending cerita nie.....

bella : eleh...tipu lah....kalau hang tau cer habaq mai kat aku apa ending dia....

awok : macam nie...nanti heroin tu excident dan kronik...lepas tu si lelaki tu menyesal sebab rasa kehilangan...lepastu si perempuan tu sihat balik lepas tu depa kawin.....mesti punya....percayalah cakap aku...blalalalalalalala......

sejam setengah kemudian :

bella : weh....hang nie biaq betoi....betul la apa yang cerita....hang dah tengok pa cerita nie......

awok :mana ada...aku teka ja....selalunya macam tu lah....cerita melayu.....mestilah macam tu punya cerita...cinta,gangster,excident tak dapat dipisahkan lagi....budak2 tengok conferm tak berkembang....tu yang budak2 sekarang kecik2 lagi dah pandai bercinta....tengok la cerita nie..aku dah tau ending dia....pasal semua sama ja.....


macam tulah sebuah dialog yang alang terdengar....

hermmm.....jadi...setelah korang baca dialog tersebut?...mesti korang angguk2 kan?

kan?

memang betul pun apa yang si awok tu cakap....asal dekat tv ja...cerita cintaaaaaa...tak habis2....bukanlah alang kata tak buleh...cuma...melampau2 sampai naik muak dan nak termuntah....aaaawwww =.='

sapa disagree?? cepat angkat tangan ! hehe

apa kata kita ubah cerita tu tanpa cinta ker....alang tertarik dengan satu cerita nie....

namanya juvana....yes juvana !

eh...tadi kata tak suka gangster.....tu juvana tu tumbuk2 tu...ganas tu !

bukan.....ok.....

yeah..memang juvana tu ada tumbuk2 tu....tapi....alang rasa cerita tu bagi banyak pengajaran dari keburukan....cara penceritaan banyak nak memberi pengajaran......lepas tu cikgu zakiah tu pulak pandai guna psikologi untuk ubah orang...

alang rasa cerita macam tu mampu mengubah seseorang...yes !

bukannya macam cerita2 gangster yang lain yang kebanyakannya nak tunjuk 'terer' ja lebih....tak maulah macam tu....kalau buleh banyakkan pengajaran dan keinsafan....


hari tu mama alang ada cakap dekat surat khabar jabatan apa entah marah dengan semenjak cerita2 berunsur 'gangster' nie banyak kadar jenayah dekat malaysia pun meningkat !

meningkat !

bila di tanya pesalah2 tersebut terutamanya pelajar...diorang kata tu dalam movie tu ajar...

salah sapa? hermmm...fikirlah....


jom kita fikir balik...apa keburukan sesuatu pada semua lapisan masyarakat terutamanya remaja supaya remaja yang "hebat" bertambah kembali...

hebat dari segi apa?

ilmu yang bermanfaat bukan yang tidak bermanfaat dan buleh membahayakan orang yang lain!

wallahualam... ^^

Friday, July 22, 2011

patutlah ramai baby dan kanak2 astma sekarang...

bismillahhirohmanirrohim....assalamualaikum semua.. ^^


ok..kali nie alang nak cerita pasal tajuk dekat atas tu...fuh  panjang jugak yer!

hasil kajian alang menyatakan bahawa baby atau kanak2 sekarang banyak yang ada penyakit astma atau nama glamor dia penat...tau penat?..orang penang panggil penat la nak habaq mai...hehe

nama penyakit nie banyak...ada yang panggil astma...ada yang panggil penat...ada yang panggil lelah...ada lagi la nama lain yang alang pun tau 'ter' tau...heh

ok...berbalik dari kajian alang tu....alang dapati....ramai yang baby dan kanak2 nie ayah atau abang atau orang terdekat depa nie merokok...ulang... "MEROKOK"

YEAH ! merokok ! ulang suara....'merokok'

ada sapa yang tak dengaq lagi?..hehe

ada ka patut...sambil pegang baby sambil hisap rokok? memang patut hampa berkasih sayang antara anak dan ayah...tapi kang anak tu sakit jadi sayang "sikit" pulak dekat anak tu...baru nak nyesal

mesti ada orang kata : haish...teruknya....kesian dekat baby tu...nakal betul...aww =.='

tapi...kalau korang tak percaya korang tengoklah masyarakat kita....korang cari sendiri...mesti ada punya.....bukan sikit...dan bukan semua..tapi ramai ! ya ramai ! ada yang nak tegur? alang salute !!
kalau tak bersama dengan baby pun bersama dengan kanak2 atau bahasa sempoinya budak2..heh...

korang bayangkan bapak sedang memegang tangan si anaknya sambil menghisap rokok...perghhh....
lepas hisap tentu dia pegang rokok tu dekat tangan kan?...lepastu agak2 'kanak2' tersebut tinggi mana dengan ayah mereka...

1. sama tinggi kah?
2. paras bahu ayahnya kah?
atau
3 . paras pinggang dan kepalanya sama paras dengan tangan ayah yang memegang rokok tadi??

kalau yang no 3 tu...asap rokok tu pi dekat mana??
tudia anak punya baik sedut !
yang ayah dengan seronoknya menghisap rokok sambil pegang anak.... =.='

dia tak sedar yang asap rokok tu buleh menghancurkan masa depan anak dia atau pun menambahkan risiko anak dia mati cepat...ataupun menyeksa anak dia nanti...ataupun menyeksa diri dia jugak sendiri..haaa.....tak tipu lah...betol lah kan...

kalau anak dia sakit...kan susah nak belajar?

kalau anak dia mati...kan dia baru nak menyesal?

kalau anak dia terseksa dengan penyakit penat tu...kan ke susah?

kalau anak dia sakit..sapa yang kena bawak keluar duit?...bukankah bapaknya jugak?
sapa susah?

dia cari masalah..dia yang tanggung..haaa..sudahh......haha

haih...sedarlah...kalau nak merokok...sangat33 pun jangalah merokok depan anak....tolonglah..

effect tu...bukan untuk anak saja....habis untuk orang lain jugak...sedarlah...katakan TAK NAK PADA ROKOK! ^^

Segmen cx's : geng UiTM by campus

assalamualaikum....

harinie alang nak masuk satu segmen nie untuk mengumpulkan student2 uitm....wow !
luv uitm dan uitm dihati ku ! hehe ~ ^^

sapa nak join boleh clik gambar ni


cx\
http://cxopportunities.blogspot.com/2011/07/segmen-cxs-geng-uitm-by-campus.html



UITM : KAMPUS ARAU,PERLIS
COURSE: DIPLOMA PLANTATION INDUSTRY AND MANAGEMENT
PART : 1

OK DONE ! ^^


Thursday, July 21, 2011

isu pengharaman tudung di ipta/ipts ??

assalamualaikum....

korang baca nie.....biar betul??

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang
segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 1)TUDUNG SAJI 2)TUDUNG PERIUK 3)TUDUNG TERMOS 4)TUDUNG CAT dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


lalalalalala~




hehhhheeehhh...conferm nanti ramai yang nak pancung kepala alang..hehehe :P

14 fakta penting yang anda perlu tahu !

assalamualaikum....

alang nak kongsi sikit fakta2 penting nie dengan korang yer...baca tau sampai habis...

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?






hahahhaahaha.......sila cuba di rumah dan selamat mencuba ! ^^





Segmen : Saya Blogger Ipta/s

assalamualaikum...

saja gatai2 tangan nak join..hehe...sapa nak join boleh  klik gambar kat bawah nie yer....

http://kay-akam.blogspot.com/2011/07/segmen-saya-blogger-iptas.html

ok...alang dari uitm arau,perlis dan ambil kos pengurusan ladang atau english education nya plantation industry and managment...ahaks ^^

ok siap !

pesanan dari cikgu ^^

assalamualaikum semua....

ops...kena berhati2 lepas nie....takut cikgu marah nanti..hehehe
ok...tadi alang ada post satu entry nie pasal blog alang...belum baca? sapa belum baca boleh klik SINI
dan sorang blogger yang memang alang kenal iaitu kak aima ada tegur alang satu benda yang kurang dekat blog alang nie..

apa dia erk? cer tengok kat bawah nie ^^



haaa...yang di bold merah tu..nampak kan?

yang tu lah di tegur oleh akak kita dan sekarang alang tengah cuba perbaiki lagi...sebab alang nie kadang2 terbiasa dan suka hati ja nak tulih apa2 pon...
dan yang penting sekali dah x check dah pun short form "menarik" alang tu....hahaha

maklum lah...semua datang dari hati...hehehe

alang nak ucapkan terima kasih pada kak aima sebab memberi teguran tu...dan kalau ada apa2 kekurangan lagi tolong tegur yer...tak kira sapa pun kamo..wallahualam ^^

haa...satu lagi...sapa nak tengok blog comel akak kita nie boleh klik sini yer laman muslimah optimis

Wednesday, July 20, 2011

TENANG tengok blog nie??

assalamualaikum...

subhanallah n alhamdulilah ! all praise to Allah

ada org bagi msj kat alng tadi...dia kata dia suka tengok blog alng sebab rasa tenang ja bila tengok..

alang agak terkedu?..tenang?.alang tanya lah kenapa tenang bila tengok blog alng?

sebab dia kata lagu yang menenangkan dan blog yg simple tapi menarik dan penuh makna....comel pulak tu..err....haha
alng dah x tawu nak cakap apa...cuma mampu cakap alhamdulilah ^^

dan satu lagi point yg dia cakap kat alang pulak...dia kata dia suka ayat yang alang pakai...banyak bagi pengajaran dekat dia...kadang2 benda yang dia x terfikir pun dia akan tefikir kembali dengan cerita alang...

fuh !

lagi?

ayat2 alang jugak santai dan mudah di fahami...walaupun bab agama..alang tetap sempoi menceritakannya..dan senang faham..

hak3...yang tu alang nak tergelak...hurmmm...

dan pesanan terakhir dia..dia cakap...teruskan berdakwah dalam blog dan teruskan menulis sebab ramai lagi orang yang suka baca..

suka?..betul ker ramai org suka baca blog alang?

kalau ramai alhamdulilah...baguslah...

sesungguhnya yg baik dari Allah dan yg buruk dari alang sendiri...

alang bersyukur sangat2 kalau apa yg alang cuba sampaikan tu sampai....
satu ja matlamat alang dalam berblog nie....
x perlu lah kita tagih wang..glamor ka...pujian ka...sebab semua tu bersifat sementara...

trima kasih pada semua yang support alang...semoga Allah memberi kudrat pada alang untuk trus berdakwah dalam blog...insyAllah ^^

Tuesday, July 19, 2011

SEGMEN : TERLIUQ WAKTU BERBUKA PUASA

assalamualaikum semua..haa..saja alang nak masuk segmen...x penah lagi...sapa nak join clik ja banner nie uke? ^^



klik sini


makanan yg buat alng terliuq eh nanti...
meh nak list....

  • tomyan seafood nibong tebal
  • nasi goreng ayam depan yawata
  • nasi lemak mama saya
  • chicken chop 
  • gulai ikan dan sambal belacan + durian....perghhh...
  • gulai ayam dan daging mama saya
  • kuih apam letak nyiok banyak2
  • apom lenggang
  • ayam gorengggg
  • nasi ayam mama saya
  • nasi kandar simpang empat
  • nasi tomato bersama lauknya
  • nasi minyak a.k.a nasi kenduri
  • char kuew tiaw
  • char ho fan
  • satay kambing
  • ayam golek
  • burger 3 tingkat
  • nasi kerabu
  • laksa or laksam panas2
  • kuew tiaw sup letak sambal banyak2

haaa...dah siap...hahaha....nanti nak kena susun time posa nanti...lalala  :P

Friday, July 15, 2011

ambil remeh sekarang,kelak kecundang..

kadang2 benda yang nampak remeh banyak dipandang remeh oleh orang yg anggap benda tu remeh sehinggakan dia hanya tahu benda itu betul dan x tau benda yangg betul itu hanya sipi2 dengan yang salah...tapi...dia x ambil kisah benda tu sipi2 dengan yang salah sehinggakan kadang2 sipi2 itulah yang membuatkan ramai kecundang...tapi dia x pernah kisah dengan kisah terdahulu...dia tetap amik remeh benda tu..sehinggalah dia sendiri kecundang ke situ....dan akhirnya org lain selepas dia jugak kecundang kerana dia tidak meletak tanda 
amaran dahulu sebelum dia kecundang kerana dia mengambil remeh tentang itu...




petikan dari ayat alang sendiri..hehe...banyak isi yg tersirat dalam nie...korang try ulang dan baca kembali apa yg alang nak sampaikan...


alang cuma nak cakap jangan nak ambil remeh terhadap sesuatu sehinggakan ia mampu kecundangkan orang lain...contohnya lelaki dan perempuan bersalaman...satu dunia tengok...adik2 tengok...anak2 tengok...budak2 tengok...budak yang baru nak besar pun tengok...




x da kemungkinan ke salah seorang dari berjuta2 tu buat hukum sendiri bahawa lelaki dan perempuan buleh bersalaman dengan jayanya dengan sengaja sambil tersengih2 tanpa rasa malu?


ada x yang nak try?




tu baru salam....belum yang lain...




bila kita larang mereka...mereka tentu cakap..."kat tv tu relek jer pegang2,diorang tu islam macam kita gak mak,xkan cheq x buleh ???"




apakah mereka yg patut dipersalahkan?


jom kita fikir balik....jangan ambil remeh sesuatu perkara sehinggalah satu hari nanti kita yg menderita kerana pelapis2 muda sudah hilang pedoman..hilang agama..musnah negara....wallahualam...





bukan itu caranya....

assalamualaikum wbt semua...


mcm mana...sihat harinie?..semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah insyAllah ^^

kali nie alang nak cerita sikit mcm mana nak tegur orang...ya..terutamanya org bukan islam...

tegur macam mana tu ??

tegur bila kita berbalah dengan diorang pasal agama ker...pasal adat diorang ker..haa..penting tu...

tadi...kan..alang duk tengok la video kat youtube...dan alang pelik la....asal ada video pasal agama ker apa ker..mesti ada pergaduhan kat bawah tu..x kira la agama apa pun sama ja...bukan tadi ja...sebelum2 nie pun kalau alang tengok video ka cerita pasal agama ka..mesti ada pergaduhan...pelik bebeno kan?

macam tempat di jadikan untuk bergaduh..yeah !

ada yg nak betul dia ja..ada yg kata agama islam nie tipu la apa benda lagi lah....alang sedih sangat baca bila ada agama lain kutuk kita....yes..kita patut marah dan pertahankan agama kita dari di persenda oleh agama lain..
tapi lah kan..bagi alang la....nak tegur orang bukan dengan cara maki atau kata2 kesat...tambah dengan orang non muslim..bukannya hampa buleh menang pun dengan buat macam tu...tapi dah tunjukkan kekalahan kita... + pulak dengan membawa imej agama islam...haih =.='

bila diorang kutuk agama kita...kita cakap balik...dengan berhikmah...bukan marah2 dan cakap benda2 kesat...barulah diorang x cop islam nie "bodoh"...

satu peringatan untuk diri alang dan semua pembaca...islam tu x ajar pun kita tegur dengan cara macam tu..ia memalukan lagi agama kita sebab diorang akan kata kita x beradab...

contoh :

non muslim : org islam banyak bodoh aa...semayang tungging tebalik x tau sembah apa..
ayam : kau x puas hati pa...dahlah b?/$^&**()...#@$!% dan blalalalala....

marah? macam tu ker tunjuk perasaan marah?
kita dah puas dah cakap macam macam tu....tapi non muslim tu ada dia nak terasa nak masuk islam x? tertarik x? dia gelak ja maaa....

agak2 lah kan..agak2lah kan....kalau lah korang non muslim tu....'kalau' erk....korang dekat tempat dia...dahlah korang x suka islam...pastu korang di maki lagi...adakah ada sedikit perasaan korang nak tetarik dengan islam...?? alang rasa kompem x...lagi bertambah + + + meluat ada lah kot...kan?

so kita kena ingat..islam itu lemah lembut....islam itu mengajar kita erti sabar....jaga lisan...bukan suka hati jer nak cakap...tolong lah jgn pandang remeh benda tu....sebab non muslim tengok kelakuan kita...

sepatutnya kata2 tersebut kita perlu jadikan kata2 semangat untuk kita terus berjihad ke jalan Allah..bukannya terus melenting...

kalau diorang maki hamun...kita cakap dengan berhikmah...barulah diorang termalu sendiri....

Allah sentiasa bersama dengan orang2 yg bersabar..

jom ubah diri kita !

dan jangan lupa join contest dan insyAllah hadiah memang terbaik !

wassalam ^^

Friday, July 1, 2011

maafkan saya...

assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca blog alang yg disayangi semua...

hurmm....dah dekat 2minggu blog nie x berjalan....maaflah..maaf sangat2...memang semenjak alang sambung belajar nie..x dak masa langsung nak memikio pasal blog nie..nanti dah masuk sem 2 insyAllah akan di update selalu la..dan banyak benda nak kongsi sebenarnya...tapi buleh bukak sat2 je la..makna kata blog akan jarang ter update sikit lah untuk sem nie...walau mcm mana pun...alang akan try update jugak kalau ada masa yer..insyAllah...korang jangan lah lari lak yer..hehe..

sebelum tu...saper yg belum join contest yg alang buat...jangan lupa join....klik SINI ok?

sambil join contest..sambil dapat pahala free kan? insyAllah.... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...