Tuesday, August 21, 2012

selamat,selamat,selamat

bismilliarihmanirohim... :)

selamat hari raya...hehe..nah untuk hampa..takmau cakap banyak :D



maafkan saya yang lemah dan sering melakukan kekhilafan ini yer :)

Friday, August 17, 2012

hebat anak kamu !

bismillahirohmanirohim... :)

makcik A : "weh ! anak sapa weh yang hebat tu ?" (ganaihnya makcik nie =.=' *abaikan )

makcik B : "anak saya lah yang hebat tu "

makcik A: "apa yang hebat sangat anak kamu tu ?"

makcik B : "hebat macam anak awak ! "

makcik A : "anak saya hebat ke ?"

makcik B : "awk rasa hebat tak ? "

makcik A : "sangat hebat"

makcik B : "jadi hebat lah ! "

makcik A : "erk..a'ah kan.."

makcik B : "awk nak tau kenapa saya kata anak2 kita hebat ? "

makcik A : " boleh jugak "

makcik B : "sebab mereka mencari rezeki yang halal dgn baik"

makcik A : " betoi jugakkan...hebat...hebat..."

makcik B : "anak awak kerja apa ? "

makcik A : "alhamdulilah,sorang cikgu..sorang ada bisnes sendiri..anak awak ? "

makcik B : "hebat anak2 kamu..alhamdulilah..anak saya yang sulung kerja supervisor,no 2 cikgu,no 3 engineer,no 4 ostazz dan yang last tu pengurus ladang "

makcik A : wow ! anak2 awk lagi hebat ! "

makcik B : "alhamdulilah...Allah bagi saya anak2 yang baik :) "

makcik A : " hasil didikan yang baik membantu diri anak2 "

makcik B : "betoi2 ! "

(cerita di atas rekaan semata2)

alhamdulilah....alang mempunyai keluarga yang bahagia...hebat..dan osem !

keh3....bukan nak bangga yer...tapi semua tu rezeki dari Allah..aturan dari Allah....

alang mempunyai mama dengan abah yang baik..penyayang...perghhh...beruntung...alhamdulilah again...

bila sebut pasal adik beradik...alang yang bongsu lah ! erk..pelik ? then kenapa panggil alang ?

okei...kalau soalan tu bermain di fikiran hampa...hampa orang yang seribu berapa pun taktaulah dan alang takkan jawab...tapi baca kat sini ---> sebab... sendiri okeh..hehe..


entry nie sebenarnya nak bagitau yang anak2 yang baik terhasil dari ibu bapa yang baik ^^  tu je...

papai ! :)


Sunday, August 12, 2012

again,again and again

Bismillah...


Maha suci Allah...yang menciptakan kita hanya untuk beribadah ke padaNya....


Nie2...korang tau kan sekarang nie dah masuk 10 malam terakhir ? Allah....cepat sungguh kan ?


Sayup ja rasa hati nie...alang risau nanti habis ramadhan...habih dah hari2 berkat...hari2 keampunan...rasa rindu yang teramat dekat ramadhan...


Adakah ini ramdhan terakhir kita ??


Buatlah amalan seperti ini ramadhan terakhir kita...


Sblum tu....jgn lupa...lailatur qadar menanti...jgn tinggal ibadah sunat 10 malam terkhir nie yer kawan2 !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 5, 2012

duit syiling jatuh dari langit !

bismillah... :)



TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita .


ehsan : pesbuk


# betulkan ? bila kita susah,sakit baru kita nak sebut...


"Allahh...."
"ya Allah..."
"ya Allah beri kekuatan..."
"ada hikmah semua nie .."
" jodoh,mati,rezeki di tangan tuhan "  (typical dalam filem..bila putus cinta tak pun bercerai =.=')




tapi bila kita dapat duit atau rezeki...berapa ramai yang ucap..


"alhamdulilah.."
"trima kasih ya Allah.."


tapi yang banyak kita dengar..


"fuyoo...duit..osem nieh ! "
"tudiaaa..boleh joli dah nie "




pst : bayangkan kita macam negara2 islam lain yang di tindas kat luar sana ? agak2 leh hidup tak ? kuatkan depa ? sory to say...orang malaysia tak sekuat mereka...sebab tu mungkin Allah tak uji kita dengan ujian seperti mereka...tapi...sebaliknya...Allah uji kita dengan cara yang lain...semoga kita sentisa mengingati Allah dalam apa jua benda :)







CINTA again

bismillahirohmanirohim.. :)


nak kongsi sikit...


JANGAN KERANA CINTA, kita gugur dari perjuangn, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. CINTA tidak semestinya akan berakhir dengan PERKAHWINAN dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. 

KESETIAAN akan mengikat cinta, KECURANGAN akan meranapkan segala kemanisan cinta… SESEBUAH PERKAHWINAN akan menjadi INDAH jika CINTA TERUS BERSAMA..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...