Tuesday, October 29, 2013

baju tab hampa !

nak cari baju untuk tablet 7.0 inchi ANDA ?
GAYAKAN TABLET ANDA DENGAN BAG YANG CANTIK DAN OWESOME !

-warna pun mengikut pilihan anda sendiri (boleh rujuk page Batoota Creative Art)
-sesuai untuk tablet bersaiz 7.0 inchi
-saiz 15x20cm
-tahan lama dan tahan lasak sebab material 100% zip
-boleh basuh dan berus kalau kotor (nak masuk mesin basuh pun boleh)

harga rm10 sahaja !
sapa berminat boleh pm..


step mudah : 
1.pilih warna yang di sukai 
2.pilih size 
3. beri nama dan
email : merentasiman93@gmail.com atau
sms ke 0174084820 atau
pm di inbox

cod : parit buntar,nibong tebal,uitm arau,arau DAN SEKITAR 




untuk pengetahuan semua,sedikit sumbangan akan di berikan kepada syarikat batoota enterprise untuk membuka satu kedai di selangor,ini adalah salah satu page yg mengikuti program tingkatkan ekonomi umat islam,jom sama2 bantu 






Sunday, October 27, 2013

ibnu batoota Creative Art

assalamualaikum..

haa..kepada semua..page rainbow pencil case alang bertukar ke Batoota creative Art

sila like ! like ! dan like ! tak suka pun like jugak ! ada ambo kisah ? :P
alang tukar tu supaya mudah orang kenal sebab abang ambe tu ramai orang kenal,so terpaksa lah tukar nama dia yang osemm lah sangat tu (walaupun kadang2 di perasan osem) sampai orang like beribu raban reban ayam,eh# =.='

jadi sesiapa yang nak tempah boleh tempah di sana di sini atau di 0174084820(alang) ya..jangan malu jangan segan..

insyallah sedikit sumbangan akan di berikan untuk tabung ekonomi perniagaan islam yang di gembur2 umpama tanah oleh abang saya itu. untuk keterangan lanjut ataupun nak tanya soalan boleh terus rujuk fb dia ibnu batoota owsem,oh ya..sapa yang hati macam maruku tidak digalakkan masuk ke dalam pagenya,harap maklum  :D


Saturday, October 19, 2013

tadabbur,siapakah gerangan ?

Dengan nama Allah yang Maha Kasih dan Maha Penyayang. :)

Apa itu TADABBUR?

Tadabbur adalah perenungan yg menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam...
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

Tanda-tanda tadabbur
Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an berkaitan dengan tanda-tanda tadabbur. Allah Ta’ala berfirman,
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).” (QS. Al-Ma’idah: 83).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfaal: 2).
“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”(QS. At-Taubah: 124).
“Katakanlah, “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebenarnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, “Mahasuci Rabb kami, sesungguhnya janji Rabb kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur aras muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Israa’:107-109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58).
”Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (QS. Al-Furqan: 73).
“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).” (QS. Al-Qashash: 53).
apa yang buat osemnya tadabbur dan menjadinya tadabbur hampa ?
1. Menyatukan hati dan fikiran kerika membaca Al-Qur’an.
2. Menangis kerana takut kepada Allah
3. Bertambahnya kekhusyu’an
4. Bertambahnya iman
5. Berasa bahagia dan gembira.
6. Gemetar kerana rasa takut kepada Allah, kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan.
7. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.
 dan dekat bawah ni macam mana kita nak bertadabbur tu,bukan main hentam semborono je tau !

Ibnu Mas'ud ra berkata:

"Jika kalian mendengar Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman" maka dengarkanlah dengan sebaik-baiknya, karena perintahnya adalah sebaik-baik perbuatan yang harus kalian lakukan, dan larangannya adalah seburuk-buruk bahaya bagi kalian semua!"


Sedar 
Pada ana awwalan, kita harus sedar dan faham, ilmu tu dari Allah. Pucuk tadabbur yang kita inginkan harus pula bermula dengan benih ikhlas niat kita untuk Allah. Jika ikhlas yang kita niatkan, insyaALlah ikhlas yg akan kita dapat. Kan hadis popular menyatakan sebegitu, innamal a'malu binniaat

Adab 
Adab harus ada. Bukan bermaksud adab semata dengan bersimpuh dan menjunjung sembah duli. Tetapi, adab hati, adabnya syahadah perlu untuk kita turuti. 
Bermulalah dengan mengetuk pintu istana: Rabbi zidni 'ilmuk. Ya Rabb ku, tambahkanlah akan daku 3ilmuMu. 

Kemudian bukalah gerbang husnusdzhon kepada ALlah, seluas-luasnya. 
Panjat tangga usaha dan doa, segigih-gigihnya. 

Kemudian mengadaplah... Mengadaplah sebagai hamba, bukan sebagai Tuan! InsyaAllah. 
Allah itu Al Rahman dan Al Raheem. 

Latihan 
Ustaz ana pernah mengajarkan, antara latihan tadabbur ialah mencatitkan apa-apa kaitan yang timbul dalam fikiran kita setiap kali kita melalui sesuatu ayat. Catitkan, kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang Allah ceritakan telah berlaku. 

Receptors 
Antara deria pembelajaran manusia yang paling sensitif ialah 3: 
1) Visual - visual 
2) Auditory - bunyi dan 
3) Kinesthetic - (pe)rasa(an). 
Ingat ayat dalam Surah Al Mulk dan As Sajdah : "waja'a lalakumu sam'a wal abshoro wal afidah - qalilamma tasykurun." 

Manusia mempunyai kepekaan yg berbeza-beza terhadap ketiga-tiga deria ini. Ada orang lebih peka kepada visual, ada kepada auditori dan ada kinesthetik. 

Uji dan kenali 
Kenalpasti di mana kepekaan kita. Bagaimana? 
Cuba dapatkan kembali satu pengalaman dalam hidup antum, samada berlaku semalam, telah lama dahulu, hari ini, atau akan berlaku. Suatu pengalaman yang memberikan suatu kepuasan, kegembiraan, keseronokkan. 

Kes 1: 
Apakah yang mula-mula berlaku? Adakah suatu gambaran yang mula menjelma? Mungkin gambaran kehijauan padang rumput atau kekuningan sawah padi? 

Kes 2: 
Ataukah bunyi yang berlaku dahulu, yang memberi kesan kegembiraan tersebut? Mungkin bunyi tangisan anak sulung kita selamat dilahirkan? 

Kes 3: 
Ataukah perasaan yang pertama sekali menguasai keadaan? Mungkin perasaan terharu. Perasaan syukur. Atau juga rasa masam manis suatu hari di dusun? Atau rasa halusnya kulit bayi sulung kita? 

Kes 1 berlaku kepada manusia yang dominan deria visualnya, kes 2 deria bunyi dan kes 3 deria rasa. 

Bila kita dah kenal psychologycal reaction diri kita ini, gunakan ketika membaca quran. 

Gambarkan 
Bagi ahli visual, gambarkan neraka, gambarkan angin berdebu yangbertiup, dan manusia mujrimun pada suatu ketika tertunduk malu, pada ketika lain terbelalak mata mereka ketika hari perhitunga. Gambarkan zaqqum. Buah nan berduri. Gambarkan nanah mendidih yang dituangkan masuk kekerongkong, dan mainkan gambaran wajah itu adalah wajah kita yang meminumnya bagaikan unta yang kehausan. 

Dengarkan 
Atau dengarkanlah pekik marah neraka ketika manusia mujrimun dilemparkan kedalamnya. Dengarlah lidah-lidah api yang hitam pekat menyambar. Bunyi taufan, pekik raung. Dengarkanlah. 

Rasakan 
Atau rasakanlah azab yang pedih. Rasakanlah zaqqum yang menyendat masuk melalui kerongkongan kita. Rasakanlah panasnya api hinggakan manusia tidak pula mati dan tidak pula hidup! 

Subjek/Fokus 
Halakan projeksi-projeksi tersebut kepada kita. Jadikan kita subjek apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Quran. Bukan "mereka". 

Jika diceritakan bertelekan mereka ddidalam syurga, diladeni oleh wildan yag sebaya. Bayangkanlah itu wajah kita. Dan bersedihlah, kita tidak mampu menhendaki itu. Melainkan dengan kehendak Allah. 

Bila terbakarnya penghuni neraka, itulah kita, kerana disitulah layaknya kita dengan pengkhianatan kita selama ini. 

Semuanya kita. Bukan mereka. Takutlah sekiranya kita tergolong dalam golongan kuffar. Kuffar yang menutupi hak dengan batil. Dan takutlah sekiranya bukan kita yang tergolong dalam golongan muslimun yang tunduk menyerah kepada Allah. 

Bahasa 
Peripentingnya mengetahui bahasa arab, InsyaAllah akan banyak menolong. Tetapi jangan dijadikan tidak tahu bahasa arab itu penghalang tadabbur. 

Gunakan terjemahan. Musyhaf dikanan terjemahan dikiri. Baca satu demi satu ayat. Fikirkan apa yang diperkatakan, subjek ayat, pembuat,siapa buat? Keadaan. Kaitan. Dan berhenti/pause, ketika ayat itu membawakan atau menarik perhatian kita. 

Istiqamah 
Ulangi. Dan ulangi sesuatu ayat/surah. Fokus. Biar faham benar satu surah daripada tak faham benar satu quran. 

Fokus 
Tarik diri anda ke alam quran. Ketepikan distraction lain. Cari suasana yg membantu fokus. Kedutkan kening. Tumpukan hala pandangan kepadanya. Cari khusyuk. 

Tangis 
Tangisi diri kita. Ubah intonasi ketika ayat-ayat tertentu menyuruh antum berbuat demikian. 

Akhir 
Akhiri dengan tidak menutup gerbang husnusdzon. Berbaik sangkalah dengan Allah, samada berhasil atau tidak kita khusyuk didalam taman-taman atau lubang dan jurang al quran. Kerana "la yamassuhu illal mut^ohharun". Khusyuk itu, tadabbur itu,3ilmu itu dari Allah semata. Bukan kehandalan diri. 

Wallahua3lam. 
Semata-mata pandangan ana yang jahil jua. Semoga bermanfaat apa-apa yang bermanfaat yang diberikan oleh Allah, dan moga dijauhkan Allah dari mudharat hasil dari kelemahan dan kejahilan insan. 

"Rabbi zidni 3ilmuk. 
Rabbana la tuakhizna innasina au akhtokna."

Sumber:
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur’an, Dr. Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim: Pustaka An-Naba’


yang dekat atas ni alang ambil dari satu blog ni tapi tak ingatlah namanya..moga dia dapat saham akhirat juga hasil dari perkongsian yang alng buat ni,ameen..

boleh dah kot noh bukak quran lani..

Tuesday, October 15, 2013

hoi wahan !

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."



allahurabbi..moga kita di jauhkan dari semua ini dan menjadi umat yang di pandang rasullullah saw di msyar nanti T_T



Sunday, October 13, 2013

bahana youtube

bismillah..

anak remaja sekrang semakin hari semakin menjadi2,malu tu dah hilang ibarat ais krim yang dah nak cayaq..tambah2 yang perempuan nie...Allah2 adik2 ku...

dulu masa zaman alang ada gak youtube fb,friendstar semua mak nenek tu tapi tak pernah lah dengar orang bercinta putus buat video time sekolah2 dulu...habih2 pun surat...kalau ada pun buat video tu amatlah sedikit golongannya

ttapi laniee,macam jadik trend pulak dah adik2 aku yang comel2 belaka nie buat video putus cinta..muka comel dah,hati pun mesti comel kan..tapi akal adik tak guna betoi2..

sayang dik..sayang...nanti bila hampa semua dah besaq,baru lah tahu erti penyesalan dan hampa akan ada satu penyakit baru iatu gelak sorang2

awat gelak sorang ?

sebab teringat masa zaman muda dulu kenapa aku boleh buat benda bodoh lagutu..dan sekarang alang tengah menghadapinya..hahaha

jadi nasihatnya...abaikan permainan jiwa yang suka ajak kita berperang ala2 komander gitu padahal kita nie prebet ja,faham kot noh ?

jom kembali pada islam...banyak lagi binatang lain boleh buat..dari duk hangit bercinta yang tak berkesudahan tu..

seriusly alang buat kajian sendiri berdasarkan pengalaman dan sekeliling..flow orang bercinta nie sama ja..betoi sama...kalau tk percaya hampa jangan try..haha

awal perkenalan pijak semut pun tak mati bai..dah tengah bulan tu gaduh2 manja kononnya nak uji KESETIAAN lah tu,last2 uji kesetiaan sungguh,gaduh betoi..pastu mula lah berlaku sesi pujuk memujuk..

lepastu sapa boleh sambung ?

ok fine,bukan ada orang baca pun kan,mehlah aku sambung sendiri -_-

lepastu baik lah balik...dua tiga hari lepas tu gaduh lagi..flow yang sama berlaku kat atas..
sampailah boring..last2..


"kita dah tak berkesefahaman" dak pun

"saya bukanlah yg terbaik untuk awk"

tak pun laki atau perempuan tu curang...habih cerita gitu ja..setakat alang jumpak berpuluh2 pasangan kebanyakkan tak sampai jinjang pelamin pun,sikit sangat yang sampai jinjang pelamin tu pun kadar cinta dia tk lama terus kahwin..selalunya perempuan lah emo lebih sebab semua orang tau perempuan nie hati dia lembut..last2 ada yang bunuh diri,jadi pasif,tak nak belajar,buat kerja gila macam video lah trend sekarang..bagi satu dunia tau masalah dia,sampai macm tu akhir zaman ni..

see ?

mudah sungguh barat meracuni kita kan ?



jadi apa tunggu lagi...takyah bercinta lah boh ! tolong agama Allah lagi best,bercinta dengan Allah lagi best,,tak pernah curang pun dengan kita..


wallhualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...