Wednesday, November 30, 2011

walaupun terpaksa

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa.


Solatlah walaupun keadaan terpaksa. 


Puasalah walau keadaan terpaksa. 


Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya.


Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..


hidayah bukan untuk ditunggu,tapi tersedia menunggu....insyAllah..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut.




Sunday, November 27, 2011

entry khas : terima kasih !

bismillah...bismillah...bismilahirohmanirohim... :)

alhamdulilah...alhamdulilah...

nie adalah entry khas untuk alang ucapkan terima kasih banyak2...barakallah....kepada sesiapa saja yang tak jemu datang blog alang...yang meng 'follow' blog alang dan sekaligus menambahkan followers alang genap 500 ..


terima kasih kepada sesiapa yang selalu masuk blog alang hanya kerana nak dengaq lagu blog alang..haha..or memuji lagu blog alang sedap dan membuatkan alang sayang untuk buang lagu tersebut dekat blog..sesungguhnya alang bukanlah penyanyi lagu itu..hahaha..dan untuk sesiapa yang nak tau blog alang ada dua lagu...

satu cinta : star five
sungai lui : aizat

lepas nie bolehlah cari sendiri ;)

terima kasih jugak kepada sesiapa saja yang sentiasa menyokong..menegur atau memberi pandangan kepada blog alang yang serba kekurangan nie..sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya...
semoga korang terus tak jemu untuk jenguk blog alang..dan teruskan mengomen atau memberikan pandangan korang ok....keep in touch...jazakumullah :)

#bajet hot + bajet follower 1k or lebih ..hak3

sayang hampa semua aih <3

Tuesday, November 22, 2011

coment anda,diri anda !

bismillahirohmanirohim.. ^^

coment yang korang tulis tak kiralah kat mana pon laman sosial kat mana2 pon melambangkan keperibadian korang...seriuss :)

kalau berbaur maki...tahulah korang nie jenis yang suka maki2...

kalau penuh ilmu...tahulah korang nie jenis yang suka ilmu..

kalau gini contohnya "shyer sukewr awk " haa...yang nie kalau alang jumpak mesti terbayang terus yang budak nie mesti  budak2 lagi..sebab budak2 sekolah suka tulis gini..(ada pengalaman ) hahaha

kalau suka dok tulis pasai cinta...tahulah yg korang nie tgah hangat bercinta atau tengah mencintai seseorang ..kan ?

kalau suka coment banyak2..tahulah korang tengah boring tahap aper entah....(ada pengalaman jugak)


kalau yang copy paste sesuatu benda yg tak betol...tahulah korang trus copy paste jer tanpa membacanya terlebih dahulu atau buat research sebelum copy (paling banyak sekarang)

dan banyak lagi lah kita boleh tengok orang melalui penulisan coment2 orang nie...


so...before nak tulis coment apa2 tu fikir banya kali okeh..sebab semua orang boleh baca...dan kita tentunya dijadikan Allah untuk hanya beribadat kepadanya..jadi...lebih baiklah setiap coment kita tu ada ilmu atau benda yang baik walaupun sikittt jaa... :)

Monday, November 21, 2011

macam stadium

bismillahirohmanirohim ^^

skang ada dekat kolej dahlia 2 bersebelahan dengan kolej alang dekat dahlia 1.....

seriusly macam dekat stadium...semua org dok bersila dan tengok bola..hahaha....gila punya riuh ! huhu
orang penang kata buat ramai..haha.. :D

semangat tengok bola sampai rasanya boleh runtuh  dahlia nieh kalau asyik bola tu sipi2 tepi tiang bola..hak3...

apa pon....semoga malaysia berjaya dan alang doakan pasukan harimau malaysia berjaya tunjukkan kehebatan ! good luck !

Friday, November 18, 2011

haters sedunia !

bismillahirohmanirohim...

semua orang ada haters tersendiri...kan ? rugilah kalau sapa yang tak dak haters tu dan untunglahhh sapa yang ada haters tu... #apa ke peliknya ayat aku nie..terbalik tu.. =.='

nop...actuly....tak terbalik dan alang masih waras untuk menyatakan ayat itu...ya...untung sapa yang ada haters...sebab...haters tu lah yang banyak mewarnai kehidupan kita seharian..haters tu jugaklah antara dugaan yang dihantar Allah untuk menguji kesabaran hambaNya...dan3..jangan lupa...menambahkan akaun pahala kita secara free tanpa limit...yeah ! ;)
tapi dengan syarat !
apa dia syaratnya ?

Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah kesabaranmu. 
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.. =))






tapi kalau kita maki2 balik haters tu tak dak guna # 2x5

Wednesday, November 16, 2011

bercakap pasal cinta II

bismillahirohmanirohim.. ^^

hari tu ada lah kan..orang dok bising kat alang...
'cet !...ciput jer tulis...aku baru nak excited..huh..'

belum tengok ker ? kalau belum tengok klik SINI yer...

bukan alang taknak tulis panjang2..tapi alang dah tak larat nak cerita pasal cinta nie sebab yang tak paham tu mungkin tak  paham jugak...tapi masalahnya yang paling besaq adalah yang paham tapi buat2 tak paham tu..hadoi...parah =.='

haritu alang ada jugak explain pasal cinta nie dekat group uitm semelaysia..tengok nie bawah nanti...tapi mungkin ada yg baca dan ada yg tak perasan sebb ia hanya coment...


dan alang dah pernah buat pun artikel pasal cinta nie dah...nie dia....cinta itu fitrah ....haa..amekkaw ! haha

alang harap korang bacalah dan kita sama2 berubah menjadi lebih baik....yang penting istiqamah...time kita sedang membesaq nih...memang macam2 dugaan lah...tapi percayalah...golongan muda yg sedang memperjuangkan agama Allah nie paling disayangi Allah :)

psst : teruskan lah usaha berdakwah...walapun anda dah boring..kalau bukan anda..siapa lagi ? :)

sapa nak duit ?

bismillahirohmanirohim..

korang nak duit ?

sapa taknak duit kan ? tapi kalau nak duit bukan boleh runtuh gitu jer duit tu kan ?

manjadda..wajadda...siapa berusaha..dia berjaya :)

dan pastikan apa yang menjana duit kita tu betul2 halal di sisi syarak...kaji betul2...baru masuk..ok ?

nie BUKAN login fb dapat duit..masukkan akaun dekat kawan tu rm100..lepas tu cari orang lagi untuk dijadikan mangsa..yang kesiannya orang yg bawah nie...hanyut gitu jer duit..yang kayanya orang atas tu...haih =='
dah..nanati cerita lain..heh..

so...sebelum korang nak dapat duit tu...korang kena pastikan visit dulu semua link nie...




ok...lepas dah visit...baru alang boleh ajar...guano nak buat pitih nie ! org klate cakap..hehe

alang akan ajar sampai korang paham...

dah clik ? meh nak ajar...first step ..add alang dulu dekat sini carrot polysacaride lepas tu tinggalkan nama fb anda di bawah...nanti alang ajar dekat fb korang :)

pst : kalau ada fb saja boleh join nie ok :)

Tuesday, November 15, 2011

new album from me !

errrr...actuly..not from me...but.....from him....

VVVVVVVVV
vvvvvvvvvv

vvvvvvv

vvvv
vvv
vv
v





hak3...seriusly album dia memang best...korang belum tengok ? haaa...jom tengok..
alang ada letak kat bawah nie..




best kan ? video nie memang alang suka tengok...nie nama dia video perli secara halus...hahaha..kalau korang tak paham jugak apa motif dia buat album nie..korang tengoklah banyak2 kali..dan alang rasa korang akan faham...heh

dan....

akhir kata dari saya , just be your self... <3 

tak faham lagi ? tanya mathlutfi sendiri  : P

Sunday, November 13, 2011

bercakap pasal cinta

bismillahhirohmanirohim...

bila kita bercakap pasal cinta ni memang takkan habis sebabbbb..

memang ramai yang takkan faham...

ataupun...

buat2 tak faham....

itu saja :)

Monday, November 7, 2011

apa itu maksiat ?

bismillahirohmanirohim ^^

haritu kita bercerita pasal pelaku maksiat dan apa maksiat yang dia buatkan...

belum baca ? sapa dia yang tak baca lagi hampa boleh klik SINI ...

ok...ramai orang tak tau apa itu maksiat..atau ramai yang tau apa tu maksiat tapi buat tak tau macam orang yang tak tau apa tu maksiat..err.. paham ?

kalau tak tau apa itu maksiat...jom kita terjah !

maksiat adalah perkara yang dilarang oleh Allah

Dosa-dosa masuk pada diri seseorang di bawah laknat Rasulullah s.a.w. Beliau melaknat maksiat dan perbuatan lain yang lebih besar, seperti:


  • Beliau melaknat orang yang mentatoo dan yang minta ditatoo.
  • Beliau melaknat orang yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan.
  • Beliau melaknat orang yang mencabut bulu keningnya.
  • Beliau melaknat orang yang memangur gigi dan yang minta dipangur giginya.
  • Beliau melaknat orang yang meminum minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menghidangkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membuat minuman keras.
  • Beliau melaknat orang minta dibuatkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menjual minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membeli minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang ikut makan daripada hasil penjualan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membawa minuman keras.
  • Beliau melaknat pencuri.
  • Beliau melaknat anak yang mengutuk orang tuanya.
  • Beliau melaknat lelaki yang meniru gaya wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
  • Beliau melaknat orang yang menyembelih haiwan kerana selain daripada Allah.
  • Beliau melaknat para penggambar/pelukis.
  • Beliau melaknat lelaki yang berbuat seperti kaum Luth (homoseksual).
  • Beliau melaknat anak-anak yang menghina ibubapanya.
  • Beliau melaknati orang yang menyesatkan orang buta dan seterusnya...
 Sungguh banyak perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.


 Perkara-perkara lain yang juga terlaknat adalah:
  • Allah dalam kitab-Nya melaknat orang yang membuat kerosakan di bumi dan orang memutuskan tali silaturahim.

  • Allah melaknat sesiapa yang menyimpan keterangan dan petunjuk yang diturunkan-Nya

  • Allah melaknat orang-orang yang menuduh wanita beriman yang baik-baik dengan tuduhan keji.

  • Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.
seksi kan i...i jantan ok.....

  • lelaki dan perempuan yang melakukan zina

 Masih banyak hadis lain yang berisi laknat terhadap perbuatan manusia yang melanggar hukum-hukum ALLAH.




dekat atas nie antaranya sahaja...kalau nak di senaraikan tak tersenarai pulak nanti kan..kita pun mana mau baca panjang2...kan..kan..kan ? hehe..

tergolong antara di atas ? jangan risau...masih belum terlambat..baca di bawah nie..

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:110)

jadi...jom berubah dan selamat beramal ^^
  

Friday, November 4, 2011

jangan di benci pelaku maksiat ?

bismillahirohmanirohim.. ^^


hah ? tak buleh benci pelaku maksiat ? kenapa pulak ? dia buat maksiat takkan kita tak buleh benci dia ? takkan kita nak biar dia terus terjerumus dengan maksiat dia tu?

payah lah kalau gini....apa pon tak boleee......

bukan tak buleh.....boleh....tapi kena paham apa itu maksiat dan apa itu pelaku maksiat...

maksiat = perbuatan yang dilakukan yang mengingkari perintah Allah

pelaku maksiat = orang yang membuat maksiat..




ok setakat ni ?

haa.....kita tak buleh benci-membenci nie...hampa pun tau kan tak elok ? so tak perlu lah kita kutuk mengutuk orang pelaku maksiat nie...for example..

'bodo giler ah die nih ! bang*&( tak dak otak !'

" pegi mati lagi baik lah ! "

" aku rasa cam nak sepak2 ja budak nie..."

" memang ba$%^,stu*@#& "

dan yang sama waktu dengan dia.....


bukan apa....kalau kita dok hingaq(bising) jer kat bawah tu...tapi tak mampu nak mengubah apa2 pun...
tak da guna pun kan ?

org yg buat maksiat tu nak tengok ka coment2 tu ?
dan kalaulah kan.. "kalau" erk kita jadi org maksiat tu...kalau orang duk maki2 kita...kita lagi nak buat atau kita akan rasa menyesal ?
pikiaq sendiri lah yang tu...

tiba time tu orang tu dah menyesal..tiba dia tengok orang dok maki dia lah...macam taknak bagi peluang kedua dekat dia..konferm dia down gila lah....

apa salahnya kita mendoakan mereka supaya mendapat hidayah kan ?

itu lah cara terbaik....kalau kita tengok maksiat...kita kena tegur mereka secara baik...kalau tak mampu..kita mendoakan mereka dapat hidayah..dan nak tegur biarlah secara individu...jangan public sangat...tu macam nak menjatuhkan maruah dia pulak....
mereka boleh berubah....jadi tak perlu lah nak membenci mereka..tapi membentuk mereka...maksiat tu yang tak buleh di ubah...pasai tu kita kena benci dia....

yang patut di benci adalah maksiat yang dilakukan mereka...yang patut di bentuk adalah pelaku maksiat itu..

jangan pulak pergi terbalikkan jadi gini...

yang patut di benci pelaku maksiat itu..yang patut di bentuk adalah maksiat yang di lakukan..
kalau maksiat lagi banyak terbentuk mampos !

ada mata untuk melihat..ada minda untuk berfikir...dan ada hati untuk berubah..insyAllah :)



Daripada Mu'az bin Jabal : 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".

(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)

Thursday, November 3, 2011

perlu sangat ker sabar tu ?

bismillahirohmanirohim ^^

‎"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak". (Saidina Ali bin Abi Thalib)




yes ! kalau sabar hilang jadi lagu mana ?


 itulah pentingnya sabar...




tanpa sabar..alang rasa haru biru lah dunie ni kan...
sebenarnya orang nie mereka ada kesabaran tapi apa yang bezanya..


ada yang sabar banyak...
ada yang sabar....
ada yang sabar sikit...
ada yang kurang sabar...
ada yang tak sabar...


kan manusia nie berbeza ?


apa yang terbaik dalam banyak2 sabar tu ?


alaaa...kalau alang tak bagitau pun hampa semua tau dah kan...tentulah yang pertama kan ?


so..kalau kita sedaq diri yang kita nie golongan bawah sekali atau sebelum bawah tu....kita kena belajar lah menjadi golongan yang pertama tu...kalau tak mampu..yang kedua..kalau tak mampu..yang ketiga...kalau tak mampu jugak..jangan pilih yang keempat...


tau nak buat macam mana ? 






tampaq muka anda bertubi2...lepas tu kata...adoi ! sakitlah...lepastu anda jugak sendiri yang kata....takpaaaa.....sabaq.....


teruskannya....hari2 tampaq muka anda....lepastu kata sabaqqq......sampailah kena tampaq dah tak rasa apa....time tu baru berhenti....


ada berani ? hahahaha


moralnya...hampa akan marah diri hampa sendiri sebab tampaq muka hampa...hampa akan marah dekat ketidaksabaran hampa sendiri...mungkin lepastu hampa akan tau apa itu sabar..dan hampa akan sedar yang hampa tu tak sabar sebenarnya..sampai dengan tangan sendiri pun nak marah ! :D


bila lah husband i nak call nih....rindu tahap kucing dah nie...tak palah...sbarrrrr......






pstt// : jangan cuba menampar orang lain..nanti binasa~~






bersabarlah....sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar :)

Wednesday, November 2, 2011

anda sedang belajar di universiti ?

bismillahirohmanirohim ^^

saja nak share video...video nie selalu bagi semangat dekat alang...dan video nie ditujukan khas oleh alang untuk sapa2 yang sedang belajar tak kira dekat mana pun..

terutama duduk dekat universiti..apa pon boleh !

kalau kita tak kuat semangat..maksiat menunggu di sebelah kita..

why ? sebab bila kita masuk universiti..perempuan dan lelaki dah tak da batas..kecuali kalau hampa buat batas sendiri la kan....
batas ??


errrrr .....
















bukanlah ! nie batas nak tanam pokoklah..hahaha..janganlah 'errkk' sangat..

maksud alang..batas pergaulan antara lelaki dan perempuan...
macam nie ha...
















bukan bermakna tak boleh bergaul...tapi..menjaga pergaulan..pehe ?

kalau tak pehe lagi tak tau la nak habaq...

nie lirik lagu tu...

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh,Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti,Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah,Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah,Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan,Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara,Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa,Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa,Ujian lumrahnya dunia... 











berjalanlah tanpa henti...mengharungi onak dan duri...dalam universiti..dlm menggapai pelangi....dengan menadahi doa buat ILLAHI...supaya hidup diredhai..insyAllah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...