Monday, December 31, 2012

im still young !

bismillahirohamnirohim :)


cak !! tahu harini berapa haribulan kalau ikut kalender masihi ? tak kan tak tahu kot ? mesti tahu kan ? kejap je kan ? dah habih 2012 kan ? kita pun dah makin tua kan ? kan ? kan ? *eh

saja alang nak buat entry last untuk tahun 2012 yang penuh dengan andai2an orang barat nie..hihi (gelak lawak)

alhamdulilah...kerana Allah masih bagi kita udar untuk kita hirup dengna tenangnya tanpa fikir peluru nak jalan atas kepala..tanpa fikirkan keluarga kita yang dalam kesusahan..nikmat dekat malaysia nie terlalu banyak walaupun hakikatnya kita kena tindas dalaman..ops*

abaikan semua tu...marilah kita tanam azam baru untuk tahun baru yang penuh barakah nie iaitu 2013 !

Allahurabbi...yang menjaga Alam..pemilik Alam..pemilik segalanya..segala2nya...terima kasih ya Allah kerana masih memberikan kami peluang untuk bertaubat :')


okeh..apa azam tahun baru hampa ? jom lah share :)

ini dia azam tahun baru alang :


-tepati masa
- dean list
-jimat duit
-no tidur dalam kelas
-limit cakap perkara yang tidak berfaedah
-banyakkan memberi salam dan selawat
-nak pergi gaza
-nak kembangkan perniagaan
-nak buang sifat malas yang terlalu malas =.='
-nak beli galaxy tab/ipad mini  *eh



tu je kot..hehe..haa...btw...saya masih 19 tahun..kecik lagi :P *perasan muda





Friday, December 28, 2012

stop judge orang tudung labuh !

orang selalu cakap orang tudung labuh ni mesti pandai itu..pandai ini sedangkan  mereka tak tahu pun apa orang tudung labuh tu rasa..kalau nak tahu..tudung labuh tu sebenarnya semua muslimah patut pakai..nak kata wajib tu berat sangat la kan sebab bukan semua orang mampu lagi tapi seeloknya pakai dan belajar untuk pakai..paling tidak pakai lah tudung bagi menutupi dada sepenuhnya kerana dirimu begitu berharga ! cuba tengok tafsir surah al-ahzab ayat 59 

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hikmah penutupan aurat dengan selengkapnya adalah untuk dikenali sebagai wanita muslimah dan paling penting, untuk mengelakkan dari diganggu oleh kaum lelaki yang berniat jahat..

yang penting apa yang kita buat semuanya niat kerana ?

Allah....


pandai ! ^^




jadi..janganlah ingat orang bertudung labuh nie semuanya expert bab agama sebab bukannya orang yang bertudung labuh ni semuanya ustazah seperti yang di gembur2kan macam tanah oleh masyarakat kini !

mereka cuma muslimah yang ingin menjaga harga diri dan menyelamatkan diri dari azab api neraka dan dari hati2 lelaki yang sakit..

so..bila semua dalam masyarakat tak pikiaq macam tu..boleh jadi fitnah pulak untuk muslimah2 tudung labuh nie..

kenapa ?


sebab bila ada orang tanya bab hukum atau bab agama kepada muslimah2 ini..tak ramai yang tahu dan ramai yang tak berani buat hukum sendiri..jadi orang akan cakap...

'apa la....pakai tudung labuh saja ! tapi bab agama tak tau ! bek cabut buang tudung labuh tu !'

'orang tanya benda tu pun tak tahu ka....tapi pakai mengalahkan ustazah'

bila buat salah sikit,keluar lah ayat macam nie di persada dunia ~

"hermm...ta semestinyerw owang yang tak pakaiwer tuduwng new semuenyewr jahawrt,yg pakai tudunwg labuh niewr lagi lewr terokk kowtttt "

*adeh,penat taip bahasa makhluk asing 


ohh..itu salah dan kritikal sama sekali..dan sangat tidak osem.. =.='



ingat !

Orang bertudung labuh tak semestinya mereka expert bab agama tapi mereka faham apa itu aurat . sama dengan semua orang..yes ! sama ! :)


wallhualam.

kembar aku .



Saturday, December 22, 2012

masalah hati

bismillahirohmanirohim...


hampa nak tau dak blog alang haritu kena hack..memang alng pelik lah..sangat2 pelik..tetiba ja orang tak puas hati pergi hack blog alng..pastu ada lah sorang nie tolong perbetulkan balik..alng pun kurang paham sebenarnya..tapi malas nak pikir complicated sampai macam tu...dan alang malas la nak buruk sangka dengan orang kan..so berbaik sangka je lah kan..maybe dia "terhack" kan..haha  =.='


ok,malas nak fikir..
nak kongsi benda alah nie sebenarnya..

masalah hati menjadi punca utama pada diri manusia sebab hati mampu merosakkan diri seseorang dan juga mampu menguatkan diri seseorang

*jagalah hati,jangan biarkan anasir2 luar masuk dan sewenangnya beri kepada orang yg tak sepatutnya kerana hati itu permulaan segalanya ^^


Thursday, December 20, 2012

lidah tak sedar diri

bismillahirohmanirohim.. :)

kadang2 kita tak sedar pun kutuk orang merata...jagalah lidah kerana lidah mampu buat kita ke neraka..nauzubillahminzalik..cepat2lah mintak maaf pada orang yang kita pernah kutuk atau terkutuk atau tak perasan mengutuknya tanpa kita sedari..susah nanti di padang mashyar nak cari sorang2.

renungan bersama..maaf lama sangat2 tak update..terlalu busy..apa2 pun..sayang semua blogger dan pembaca yang setia blog buruk alang nieh :)

Friday, November 30, 2012

tangga paling susah nak naik !

Cikgu : Banyak2 tangga, tangga ape paling susah nak naik ?
Murid : Tangga batu caves cikgu.
Cikgu : Salah...tangga batu caves ramai yg naik walaupon beratus 
anak tangga.
Murid : Abis tu tangga ape cikgu ?

Cikgu : Tangga masjid murid2. Walaupon 3 anak tangga susah nak naik.org yg bnar2 istiqamah je yg blh naik :)

Saturday, November 24, 2012

when i was thinking..

Bismillahirohmanirohim.. :)

Tadi alang meet seseorang ~ bananana ~

Cer teka ! Cer teka ! 

Takda sapa nak teka ke ? Ok fine =.='

Alang jumpak orang yang dah setahun lebih tak jumpa ,alang jumpak orang yang alng sayang sangat selepas family dn sahabat alang . Alng jumpak orang yang selalu ada time susah senang zaman sekolah dulu selain sahabat. Alang jumpak orang yang alang selalu rindu dan tak pernah kurang sikit pun rindu tu. Alang jumpakkkk.....

Letih belum ?
Belum ?

Ok sambung...

Hampa tau dak makna ukhuwah tu apa dia ? Tau dak betapa manisnya bila berukhuwah kerana Allah tak kira usia ? Tau dak manisnya sabar ?

ALLAH2...yang mencipta hati..yang membolak balikkan hati...hanya Dia yang tahu apa akan terjadi..

Hebatkan senjata muslim ? Ada doa... :)

Ok..alang mengaku tadi alang tahan mata depan hamba Allah tu supaya tak nagis..tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa rindunyaaaa alang dekat dia setelah setahun lebih tak jumpa..tengok muka dia yang dah lama alang tak tengok,seriusly rasa macam nak peluk dia tapi segan la dengan sahabat2 dia..hanya sempat bermanja ja tadi *pergh ayat..haha

Jangan salah anggap...dia perempuan ok, junior a.k.a adik yang paling rapat dengan saya wahai sahabat2 sekalian..hope sangat dapat jumpa lagi -_-

Saya dia kerana Allah <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

aman palestin bersama merentasiman ! ayuh derma !

bismillahirohmanrohim... :)


alhamdulilah...berjaya membuat kata sepakat dengan admin Aman palestin untuk alang membantu sedikit dengan penjualan pencil case..

sapa yang ingin membantu boleh pm alang  di page http://www.facebook.com/RainbowPencilCase atau sms ke 0174084820



hampa jugak boleh pergi ke page aman palestin untuk maklumat terkini melalui gaza

http://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia


dan ini iklan yang aman palestin buat untuk promosi alang nie..



walaupun sedikit tapi bila ramai yang menyumbang akan jadi banyak insyaallah !

Sunday, November 18, 2012

jom membeli sambil menderma !

in shaa Allah dengan setiap produk yang anda beli anda telah menderma kepada rakyat palestin ! membeli sambil menderma ! dengan rm1 anda mampu membantu rakyat palestin yang kini di serang dashyat oleh tentera zionis laknatullah ! selamatkan GAZA ! *tolong share*
promosi tamat pada 26 nov 2012 tetapi bantuan kepada GAZA tetap di teruskan dengan pembelian dan bantuan anda 




biarpun nampak kecil bantuan itu tapi anda mampu membantu mereka di sana !

Friday, November 16, 2012

dah tukar !

bismillahirohmanirohim.. :)


yeayyy ! dah tukaq cbox ! so hampa boleh jerit kat situ puas2 okeh ? kalau tak,guna benda apa tah lepas tu dah tak boleh guna . now alhamdulilah..dah boleh guna dengan cbox !

sekarang..pergi jerit kat situ dan order carrot ! haha insyallah alang bertangdang ke blog anda :)

Thursday, November 8, 2012

nak tutup ke taknak tutup ?

Dialog dua wanita ( Yang Buka Aurat-BA- vs Tutup Aurat -TA-):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.
BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?
BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.
BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.
BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.
BA: Dah rasa baik sangat la tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?
BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.
BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.
BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia..

Monday, November 5, 2012

felt craft

bismillahirohmanirohim.. :)


aaawww..bunyi macam comelllll sangat....

tapi ???? renyah nak mampoih habaq hampa ! tau dak renyah tu apa ? susah maksud dia sayang *tetiba :D

tapi okeh lah..sangat cute bila kain felt nie buat craft...bagi yang pandai menjahit tangan anda boleh cuba !

bagi yang tak pandai menjahit..sila belajar ! eh..bukan dulu masa kemahiran hidup ada belajaq kan ? kan ?

haaa..jangan duk buat alasan nohh...hehe...actully kat atas tu hyperbola ja..maklumlah..orang di sini tak cekap sangat jahit tangan...so..lambat lah sikit...haa..kat bawah nie ada satu hasil tangan alang...100% okei ! (muka bangga) hahaha


Wednesday, October 31, 2012

official page for rainbow pencil case

bismillahirohamnirohim :)

nie adalah official page untuk bisnes pencil case alang...sahabat2..blogger2 yang tercantik..terosem...tercomel..silakan like dengan hati yang gembira dan iklas dan kalau berkenan bolehlah contact alang yer....semoga Allah merahmati anda2 semua selalu :) *opss...dah "semua" tak perlu double anda2 dah..nanti cikgu bahasa melayu ketuk kepala..hehe

ini dia ....

http://www.facebook.com/RainbowPencilCase

sesuai juga untuk dijadikan :
-pencil case
-hadiah
-letak smart phone /tab/handphone
-dompet duit
dan banyak lagi...


click sini untuk melihat kombinasi warna menarik yang telah ditempah oleh pelanggan sebelum ini :
http://www.facebook.com/merentasiman

click sini untuk tempahan :
http://merentasiman.blogspot.com/2012/09/rainbow-pencil-case.html





Sunday, October 28, 2012

apa kata anda ?

bismillahirohmanirohim.. :)



alahai...alang baru kumpul duit nak beli galaxy tab 2 7.0


tiba2 tengok keluar apple pulak yang saiznya lebih kurang macam yang alang nak..Ipad mini namanya...

pergghhhhh...cantik gila kot.....dahlah nipis dia lagi dari pencil tahu ?

nak tengok ?



ok...sekarang alang dah confius ! yer confius ! huhu..sebab dua2 osem...

lagipun spec dia lebih kurang ja...yang nie untuk ipad mini nie...

GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900 – A1454/ A1455
CDMA 800 / 1900 / 2100 – A1455
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 – A1454/ A1455
4G NetworkLTE 700 MHz Class 17 / 1700 / 2100 – A1454
LTE 700 / 850 / 1800 / 1900 / 2100 – A1455
SIMNano-SIM
Announced2012, October
Status
BODYDimensions200 x 134.7 x 7.2 mm (7.87 x 5.30 x 0.28 in)
Weight312 g (11.01 oz)
DISPLAYTypeLED-backlit IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size768 x 1024 pixels, 7.9 inches (~162 ppi pixel density)
MultitouchYes
ProtectionOleophobic coating
SOUNDAlert typesN/A
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotNo
Internal16/32/64 GB storage, 512 MB RAM
DATAGPRSYes
EDGEYes
SpeedDC-HSDPA, 42 Mbps; HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps, LTE, 100 Mbps; Rev. A, up to 3.1 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band
BluetoothYes, v4.0 with A2DP, EDR
USBYes, v2.0
CAMERAPrimary5 MP, 2592×1944 pixels, autofocus
FeaturesGeo-tagging, touch focus, face detection
VideoYes, 1080p@30fps, video stabilization
SecondaryYes, 1.2 MP, 720p@30fps, face detection, videocalling over Wi-Fi or Cellular
FEATURESOSiOS 6
ChipsetApple A5
CPUDual-core 1 GHz Cortex-A9
GPUPowerVR SGX543MP2
SensorsAccelerometer, gyro, compass
MessagingiMessage, Email, Push Email, IM
BrowserHTML (Safari)
RadioNo
GPSYes, with A-GPS support and GLONASS
JavaNo
ColorsBlack/Slate, White/Silver
- Siri natural language commands and dictation
- iCloud cloud service
- Twitter and Facebook integration
- Maps
- Audio/video player/editor
- Image viewer/editor
- Voice memo
- TV-out
- Document viewer
- Predictive text input
BATTERYStandard battery, Li-Po (16.3 Wh)
Stand-by
Talk timeUp to 10 h




galaxy tab sekarang nie harga dia rm1000 macam tu..

tapi ipad mini belum sampai malaysia lagi..baru ada dekat america dan belah eropah dengan harga rm1005 untuk wifi saja dan rm1405 untuk wifi+cellular..

boleh tahan kan harganya ?

apa kata anda ? tolong pilih sat ?

bajet alang rm1300...kalau sapa yang rasa alang amik ipad mini lagi bagus..alang akan tunggu harga dia turun sikit..macam alang sedang buat untuk galaxy tab..hehe


wahai pakcik apple dan pakcik samsung..cepat lah keluar model baru lagi..supaya harga tab yang lain turun..hak3




Saturday, October 27, 2012

kita tetap sama !

ll Jangan terlalu menilai manusia melalui pakaiannya. Tapi lihatlah dalam dan luarnya. Melihat luaran sahaja bukanlah sesuatu yang betul. Berlaku adillah terhadap insan lain. Bukan hak kita untuk mengukur dan menghukum. Kita hanya mampu menegur. Diterima atau ditolak, itu bukan kuasa kita. Luruskan niat kerana Allah SWT. ll

ayat nie alang dapat dari fb..tak ingatlah kat group mana..

tapi walaupun nampak pendek tapi penuh makna untuk kita renung balik diri kita nie...yela...kita duk kalut (gopoh) cakap kat orang tu macam nie...orang tu macam nie tapi hakikatnya kita yang malukan diri kita sendiri dan kita tak muhasabah diri kita pun dari segala maksiat yang ornag lain buat tu...

yang kita tahu nak salahkan orang..
salahkan orang...
dan salahkan orang....

tapi bila kita yang di marah...apa perasaan kita ?


bila kita pernah buat salah sebelum nie lepastu orang masih sebut2 lagi 

apa perasaan kita ?

sebab tu dalam kita memperingati orang kita kena tengok diri kita jugak supaya kita tidak sesuka hati menghukum orang...

tapi...kita kena ingat jugak...ada jugak manusia yang guna tiket benda nie untuk lepaskan diri dia dari maksiat sebab dia tak faham konsep sebenarnya...

apa itu menghukum orang dan memang itu hukumannya...

contohnya :

manusia A : weh..jangan duk derhaka mak dan ayah ! dosa tau dak ? boleh masuk neraka tahu ?

manusia B : alaa...biaq lah kat aku..macam lah hang baik sgt...suka2 hati ja kata aku..kenapa hang tuhan ka nak tentukan syurga dan neraka dekat aku ?




hakikatnya memang Allah dah cakap dalam al-quran sapa yang derhaka dengna mak ayah  nie apa hukumnya..dan memang betol pun cara tegur manusia A tu...


yang salah macam nie..


manusia A : hoi..hg tau dak derhaka mak dengan ayah tu dosa ? hang memang anak tak guna..memang perangai macam syaitan..memang conferm ahli neraka..bla&%$^#


dan seterusnya....


caranya nie yang ramai orang pakai..memang lah salah... guna cara yang awal tu..betol..insyallah..dengan gaya dan nada yang boleh buka pintu hati orang untuk bertaubat...aminn..



boleh faham ?









Thursday, October 25, 2012

tudung mereka di rentap !

bismillahirohmanirohim.. :)

tadi alang terbca satu post dekat fb yang di postkan oleh akhi aiman azlan vlogger terkenal tu..

kenal ?

alaa...yang suka buat muka kiut tu *memang kiut pun..hehe

dia cakap dia baca satu buku nie yang bernama "Secangkir Teh Pengubat Letih" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

dia menceritakan bagaiman muslimah2 di luar negara seperti turki yang terpaksa bermati2an mempertahankan tudung mereka..mempertahankan hak mereka...yang terus menjadi simbol pilihan antara IMAN dan IMPIAN di turki...padahal kita tahukan yang dulu islam pernah bertapak dekat situ ? dan sekarang apa terjadi ?

dia jugak cerita macam mana dekat Kanada..walaupun perlembagaan mereka "freedom of relegion" tapi macam hanya satu perlembagaan sebab ramai islamphobia di kalangan mereka..tiba2 saja tudung muslimah di sana di rentap !
ada orang atasan nak tukar perlembagaan jugak dekat sana...lihatlah kekuatan muslimah di luar..sangat menjaga maruah mereka..



tapi dekat malaysia.. ?


Muslimah di luar negara di rentap tudung mereka dan bermati2an mempertahankan hak mereka,muslimah di malaysia di rentap tudung oleh diri sendiri dan bermati2an menyalahkan org lain..bersyukurlah muslimah di malaysia sebelum terlambat :)



wallhualam..




Wednesday, October 24, 2012

telinga oh telinga

Bismillah..

Harinie alang nak pergi check telinga alang yg selalu sakit..dah lama sakit dan sakit sangat ! =.='

Dulu..doktor cakap pasal resdung..haritu pun dokrot cakap pasal resdung..harini tak tahu doktor nak cakap apa..

Sebab insyallah nak gi jumpak pakar terus sebab telinga alang dah rasa macam bernanah nie dah..

Errr..bukan bernanah sebab kena beletiaq ka apa noh..ini seriusss...mesti bantu dia (gaya wonderpets) ..hehe

Harap2 cepat sembuh..anak sedara alang pun selalu jadi yg no 2 tu..so..asyik kena bahan lah cheq nie haa..acu sakit telinga macam adik zara..hahahaha.. Lol =.='

Tapi tak kisah pun..dah x larat nak dengor tomahan sebegitu..dah bernanah pun ! Hak3 (herrmm,berkait) haha..

Okeila..doakan alang tau moga2 cepat sembuh..takut sangat nanti dia melarat dan alang dah tak boleh...

Tak boleh...
Tak boleh...

Err...tak da apa... ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 23, 2012

kecil di mata manusia

bismillahirohmanirohim... :)

jangan pernah mengeluh dalam berjuang di jalan Allah,
kerana sesugguhnya Allah membantu umatNya yang membantu agamaNya...


mungkin usahamu dilihat kecil dimata manusia,
namun besar pada pandangan Allah..


teruskan berjuang...memang perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis :)


Sunday, October 21, 2012

merantau

bismilahirohmanirohim.. :)


haaa..sebelum nie alang tak pernah cerita kan ?

hermm...ok...first sekali alang nak ucap segala puji hanya bagi Allah yang menciptakan alam ini yang begitu sempurna sifatnya tanpa cacat cela...allhurabbi....sungguh hebat...

dan Dia jugalah yg memberikan rezeki pada alang untuk sampai ke tempat2 ini setakat nie..

*semua negeri kat semenanjung malaysia
*tanah suci ( buat umrah)
*guilin,china
*indonesia
*singapura
*thailand ( sempadan)

Allah2...alang bukan nak berlagak atau apa...dan alang bukanlah keluarga yang berada..tapi tu lah yang di katakn rezeki ..sebab family alang memang akan ada tabung sendiri untuk pi mana2 contoh luar negara..kami akan kumpul duit sendiri dan kalau ada rezeki pegi lah insyallah :) *boleh cuba di rumah..hehe

dan dengan merantau ke tempat orang ini lah kita dapat tengok pelbagai gaya,perangai,budaya dan macam2 lagi dan kita dapat banding sekali gus dengan malaysia tanah airku..haha..dan kita dapat banyak sangat pengalaman..
well...pernah tak dengar banyak berjalan,luas pengalaman ? ke aku silap....alaa..biarlah ..janji sampai apa yang ingin di maksudkan...hehehe..


Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)


tapi...alang taknak cerita sekarang segala pengalaman tu..insyallah..nanti alang akan cuba dan update okeh..mcm mana gaya mereka..budaya,perangai,macam mana berniaga dan segala bagai...yang penting jangan lupa follow dan selalu stalker blog nie eh..baru tahu bila update (promote lah pulak) hehe

dan satu lagi nak cakap..


tahukah anda...di antara senarai negara di atas...hanya malaysia dan singapura ja minum ada ketui ais..hahaha..lepas tu dalam semua2 negara tu malysia lah paling kaya dengan makanan dan makanan sangat murah berdanding dengan negara lain..kiranya kalau orang susah macam mana pun dia masih boleh hidup dan percayalah dia takkan mati kerana kebuluran dekat malaysia nie sebab peluang pekerjaan sgt banyak kat malaysia..cuma nak atau tak mau ja..

nanti alang sambung beletiaq...bai :)



Thursday, October 18, 2012

its freeeeeeeee !

bismillahirohmanirohim..  :)

haa ! macam mana iman harinie ? lbih baik dari semalam ? atau semalam lgi baik ? kalau semalam lagi baik....bt balik check list yer :)

saja ja nak cakap yang saya.....

yang saya....

yang saya.....


dah habih exam !!!!!!

yeayyyyyyy !! * ok happy terlebih..

alhamdulilah...lega rasanya...then lepas nie alang cuti sebulan..insyallah kalau tak da apa nak selalu update balik blog yg dah macam chipmore nie..sat ada sat takdak nohh.....

hampa tolonglah doa bagi lecturer2 tersayang tu bagi pass dan osemkan markah alang untuk exam kali nie eh..sebab sem nie rasa macam teruk sangat..Allah2....takpela...moga Allah bantu alang...alang dah usahakan...yang lainnya Allah yang tentukan :)

hai ! ^_^

Tuesday, October 9, 2012

carrot pillow !

bismillahirohmanirohim.... :)

nyam2.....nampak sangat sedap carrot kan ?

sebab tulah alang suka carrot..nampak sedap dan comel..kalau ada carrot susu...satu jar bleh habih ooo...huhu...

okei sambung cerita....semalamkan alang tengah study dekat tepi bilik study...tetiba ada sorang nie dia datang dan study dekat meja sebelah....

tiba2.................

" nak lobak jugak !!! (sambil buat muka comel) " kata orang sebelah alang tu...

alang terus paling kat dia....dan trus duk kata2 dalam hati..

"dia nie dah kenapa,tetiba dia cakap macam tu..dia tau kau trade mark aku nieh..hebat"

alang tengok dia rupa2nya dia bukan cakap dekat alang...tapi cakap dekat kawan dia yang baru lalu sebelah alang dan dia bawak.....aaaaaa...

tau bawak apa ?

bawak benda nie  !!!!



ya Allah....comel giler.......giler2....lerrr...ler....*apa nie =.='


alang rasa cam nak ambik ja dari dia nak tengok..tapi tengok dia peluk erat ja sambil sembang dengan budak sebelah alang tu...

lepas dia habis sembang..alang trus tahan dia dan tanya dia..


"err....awk beli kat mana yer carrot nie?"

dia buat muka pelik dan comel sambil jawab "oohh..yang nie ada orang bagi dekat saya :) "


"oh yeke...okei..takpa...thanks..." jawab alang..


pastu alang cakap dekat kawan yang study dengan alang..bestnya kalau dapat...then kawan alang tu cakap...

"eh3...jagan nak perasan sangatlah carrot polysacaride oihh"

tetiba...

orang sebelah alang bersuara..
"apa tadi ? carrot polysacaride ? macam pernah dengar lah...tu nama facebookkan ? tu nama fb awk ke ?
tanya dia kat alang..

alang pun cakaplah tu nama fb alang....dan dia jawab..

"oh yeke...laaaa...carrot polysacaride tu  dia ke...nie lah tuannya...selalu tengok update mcm2 dan teringin sangat nak tengok orangnnya...tertanya2 jugak sapa dia nie"

errr...okei...time tu tetiba alang terbayang...eh3...macam artis pulak...sampai cam tu sekali...perasan sungguh alang nieh =.='


dia still ulang benda yang sama macam teruja sangat jumpak alang...pelikkan ? angguk lahh....
yela...mungkin dia lama dah nak tahu sapa carrot polysacaride kot kan...

sebenarnya...alang saja nak cerita ja kot2 lah sapa yang tersangat baik hati nak belanja alang lobak comel tu kan...tapi setakat nie alang tak jumpak lagi lah kat mana2..tapi kalau ada pun boleh cuci mata je la...maklumlah...akhir2 sem nie kan...paham jela..huk3...

ada patrick dengan bantal lobak..hehe..osem...comel dah tu.....thanks sapa yg nak bagi eh ! (tak malunya,harapan macam ada orang nak buang duit kat aku ja..hahaha ) tunggu kawin je lah gamaknya ..suruh suami belikan..apa susah...lol :D


Sunday, October 7, 2012

lelaki nampak comel bilaaa...

bismillahirohmanirohim...

lelaki nampak comel bila...

pakai kopiah/serban ... :D
imanya kuat....
selalu ke masjid...
sentiasa menjaga aurat ketika bersukan terutamanya...
menjaga pandangan...
gentlemen kena tempat..
menghormati wanita..
tidak ngorat sesuka hati...(contoh tak mengorat tepi jalan)
jalan di hadapan dulu..(mengelakkan pandang perempuan di hadapan kalau duk belakang)
sentiasa mencari ilmu agama...
tak merokok...
romantik... :P
pandai ambil hati...
open minded dalam sesuatu perkara yg patut open minded...
setia...... ^_^
pandai jaga baby / budak2...
pandai jaga adik2..
pandai jaga dan manja dengan mak....(nak tahu macam mana lelaki tu pandai jaga isteri nanti )
maknya sporting...*tetiba :P
pandai masak....
tak perongoih (cepat marah)
tenang dan tak kalut dalam semua perkara..(paling penting)
ada janggut..keh3 ;P
tak kisah pun hensem ke tak..janji sejuk mata memandang..



tajuk nak best....sepatutnya kena tukar tajuk alang oii..kena tukar lelaki idaman saya lah pulak...hahaha... :D

okei...yang hanya harapan je eh..hanya idaman..kalau tak dapat macam nie pun alang redha...sebab pilihan Allah itu adalah yang terbaik..dan diri nie tak dala sempurna mana :)

moga2 sya mendapat pasangan yang baik satu hari nanti dan insyallah...dan anak2 yang baik..sya akan cuba jadi zaujah yang terbaik buat suami...only for my future husband..wahai jodohku yang dah tertulis..saya akan setia menunggu mu...walaupun kamu tidak sesempurna seperti yang di idamkan ku...saya redha kerana diri ini juga tidaklah sempurna mana...tetapi cuba menjadi sempurna untuk kamu dan tenangkan kamu bila kamu melihatku..kerana ku tahu...Allah dah aturkan yang terbaik buat kita dan kamulah yang terbaik buat ku ^_^

*awat aku jiwang sangat harinie (pelik sendiri) =.='

pst// saya masih tiada calon..dan saya nak kejar cita2 dulu...harap maklum =.='







Wednesday, October 3, 2012

mesti tengok !

 bismillahh...

alang nak review sikit satu cerita nie...padahal dah lama keluar*

takpala..janji  bagus untuk semua kan ? kan ?

belum tengok ? tengok sekarang ! dah tengok ? apa comment anda ? tak mau tengok ? oh anda rugi... :P

walaupun kampung di landa tsunami ,kehilangan adik beradik..kehilangan mak..kehilangan rumah...kehilangan kaki sebelah...tapi dia tetap tersenyum dan terus bermain bola kerana katanya kaki lagi sebelah masih boleh bergerak..itulah kekuatan 
budak kecik bernama delisa yang orang besar pun belum tentu mampu buat ^^

*hafalan solat delisa,cerita yang patut anda tengok kerana banyak sangat mesej yang kadang2 kita tak terfikir pun :)




memang hebat cerita nie..penuh pengajaran :)

Monday, October 1, 2012

janganlah sedih ye ?

bismillahirohmanirohim...

alhamdulilah...setelah alang duk try bukak blog nieh...harini boleh boleh...pasai pa tak tau dua tiga hari nie tak boleh nak bukak *tapi tak update dua 3 minggu..alasan kan ? =.='

bukan apa....seperti anda semua tahu...ada yang tak tahu ke ? kalau nak tahu...sekrang nie tengah final exammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

cukup panjang ? nak lagi ?

exammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm !!

ok ?
lagi ?
 * ok,orang sebelah dah letak kapas kat telinga :P

berbalik kepada tajuk di atas alang cuma nak cakap...janganlah bersedih bila doa kita tak di makbulkan Allah....

tahu kenapa ?

Jika Allah tak makbulkan doa..

kita mula berfikir, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diuruskan
mungkin terlepas pandang akan permintaan kita yang tak kunjung makbulnya..

haish...mana ada macam tu....

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...

Cara Allah sentiasa yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah..
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari dipinta,

PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang diminta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya...
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka
yang menyerahkan ketentuan kepadaNya..
Berdoalah wahai sahabat seagamaku...

Ingatlah Allah akan sayang kita jika kita pejuang agamaNya...



ha....tu dia alang dapat kata2 dari sorang nie kat dalam internet....dia jugak ada keluarkan ayat quran yang berbunyi...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka  (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
 Aku mengabulkan permohonan orang yang mendo'a apabila ia berdo'a kepada-Ku,
 maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan  hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (AL Baqarah:186)   


janganlah sedih yer...

kalau Allah makbulkan doa kita...itu tandanya Allah mendengar rintihan kita dan Allah syangkan kita...

tapi...kalau Allah tak makbulkan doa kita...ada 3 yang kita perlu tahu..

> benda tu tak elok untuk kita
> Allah akan tangguhkan dulu doa kita
> Allah beri yang lebih baik



Allah yang cipta kita...tentulah Allah tahu kekuatan dan kelemahan diri kita kan ? :)

wallhualam...





Sunday, September 23, 2012

lari2 ! budak tudung labuh !

orang A : "fuyooo...budak tudung labuh weh..budak tudung labuh...lari2"
budak tudung labuh : asal diorang tengok aku macam aku nie hantu ??(dalam hati) =='
orang B : kau nie takut dekat budak tudung labuh ke dekat Allah nie ? kenapa nak lari pulak ?
orang A : errrr...
orang B : pyhsico ke apa kau nie ? dia bukan buat apa pun....aku lagi tenang bila tengok depa ada la...
orang A : a'ah kan...buat apa aku takut kan...
orang B : lol ! =.='
budak tudung labuh : ^_^


pst : takutlah Allah,bukan takut budak tudung labuh..hehe :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...