Monday, November 7, 2011

apa itu maksiat ?

bismillahirohmanirohim ^^

haritu kita bercerita pasal pelaku maksiat dan apa maksiat yang dia buatkan...

belum baca ? sapa dia yang tak baca lagi hampa boleh klik SINI ...

ok...ramai orang tak tau apa itu maksiat..atau ramai yang tau apa tu maksiat tapi buat tak tau macam orang yang tak tau apa tu maksiat..err.. paham ?

kalau tak tau apa itu maksiat...jom kita terjah !

maksiat adalah perkara yang dilarang oleh Allah

Dosa-dosa masuk pada diri seseorang di bawah laknat Rasulullah s.a.w. Beliau melaknat maksiat dan perbuatan lain yang lebih besar, seperti:


  • Beliau melaknat orang yang mentatoo dan yang minta ditatoo.
  • Beliau melaknat orang yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan.
  • Beliau melaknat orang yang mencabut bulu keningnya.
  • Beliau melaknat orang yang memangur gigi dan yang minta dipangur giginya.
  • Beliau melaknat orang yang meminum minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menghidangkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membuat minuman keras.
  • Beliau melaknat orang minta dibuatkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menjual minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membeli minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang ikut makan daripada hasil penjualan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membawa minuman keras.
  • Beliau melaknat pencuri.
  • Beliau melaknat anak yang mengutuk orang tuanya.
  • Beliau melaknat lelaki yang meniru gaya wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
  • Beliau melaknat orang yang menyembelih haiwan kerana selain daripada Allah.
  • Beliau melaknat para penggambar/pelukis.
  • Beliau melaknat lelaki yang berbuat seperti kaum Luth (homoseksual).
  • Beliau melaknat anak-anak yang menghina ibubapanya.
  • Beliau melaknati orang yang menyesatkan orang buta dan seterusnya...
 Sungguh banyak perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.


 Perkara-perkara lain yang juga terlaknat adalah:
  • Allah dalam kitab-Nya melaknat orang yang membuat kerosakan di bumi dan orang memutuskan tali silaturahim.

  • Allah melaknat sesiapa yang menyimpan keterangan dan petunjuk yang diturunkan-Nya

  • Allah melaknat orang-orang yang menuduh wanita beriman yang baik-baik dengan tuduhan keji.

  • Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.
seksi kan i...i jantan ok.....

  • lelaki dan perempuan yang melakukan zina

 Masih banyak hadis lain yang berisi laknat terhadap perbuatan manusia yang melanggar hukum-hukum ALLAH.




dekat atas nie antaranya sahaja...kalau nak di senaraikan tak tersenarai pulak nanti kan..kita pun mana mau baca panjang2...kan..kan..kan ? hehe..

tergolong antara di atas ? jangan risau...masih belum terlambat..baca di bawah nie..

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:110)

jadi...jom berubah dan selamat beramal ^^
  

Friday, November 4, 2011

jangan di benci pelaku maksiat ?

bismillahirohmanirohim.. ^^


hah ? tak buleh benci pelaku maksiat ? kenapa pulak ? dia buat maksiat takkan kita tak buleh benci dia ? takkan kita nak biar dia terus terjerumus dengan maksiat dia tu?

payah lah kalau gini....apa pon tak boleee......

bukan tak buleh.....boleh....tapi kena paham apa itu maksiat dan apa itu pelaku maksiat...

maksiat = perbuatan yang dilakukan yang mengingkari perintah Allah

pelaku maksiat = orang yang membuat maksiat..




ok setakat ni ?

haa.....kita tak buleh benci-membenci nie...hampa pun tau kan tak elok ? so tak perlu lah kita kutuk mengutuk orang pelaku maksiat nie...for example..

'bodo giler ah die nih ! bang*&( tak dak otak !'

" pegi mati lagi baik lah ! "

" aku rasa cam nak sepak2 ja budak nie..."

" memang ba$%^,stu*@#& "

dan yang sama waktu dengan dia.....


bukan apa....kalau kita dok hingaq(bising) jer kat bawah tu...tapi tak mampu nak mengubah apa2 pun...
tak da guna pun kan ?

org yg buat maksiat tu nak tengok ka coment2 tu ?
dan kalaulah kan.. "kalau" erk kita jadi org maksiat tu...kalau orang duk maki2 kita...kita lagi nak buat atau kita akan rasa menyesal ?
pikiaq sendiri lah yang tu...

tiba time tu orang tu dah menyesal..tiba dia tengok orang dok maki dia lah...macam taknak bagi peluang kedua dekat dia..konferm dia down gila lah....

apa salahnya kita mendoakan mereka supaya mendapat hidayah kan ?

itu lah cara terbaik....kalau kita tengok maksiat...kita kena tegur mereka secara baik...kalau tak mampu..kita mendoakan mereka dapat hidayah..dan nak tegur biarlah secara individu...jangan public sangat...tu macam nak menjatuhkan maruah dia pulak....
mereka boleh berubah....jadi tak perlu lah nak membenci mereka..tapi membentuk mereka...maksiat tu yang tak buleh di ubah...pasai tu kita kena benci dia....

yang patut di benci adalah maksiat yang dilakukan mereka...yang patut di bentuk adalah pelaku maksiat itu..

jangan pulak pergi terbalikkan jadi gini...

yang patut di benci pelaku maksiat itu..yang patut di bentuk adalah maksiat yang di lakukan..
kalau maksiat lagi banyak terbentuk mampos !

ada mata untuk melihat..ada minda untuk berfikir...dan ada hati untuk berubah..insyAllah :)



Daripada Mu'az bin Jabal : 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".

(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)

Thursday, November 3, 2011

perlu sangat ker sabar tu ?

bismillahirohmanirohim ^^

‎"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak". (Saidina Ali bin Abi Thalib)




yes ! kalau sabar hilang jadi lagu mana ?


 itulah pentingnya sabar...




tanpa sabar..alang rasa haru biru lah dunie ni kan...
sebenarnya orang nie mereka ada kesabaran tapi apa yang bezanya..


ada yang sabar banyak...
ada yang sabar....
ada yang sabar sikit...
ada yang kurang sabar...
ada yang tak sabar...


kan manusia nie berbeza ?


apa yang terbaik dalam banyak2 sabar tu ?


alaaa...kalau alang tak bagitau pun hampa semua tau dah kan...tentulah yang pertama kan ?


so..kalau kita sedaq diri yang kita nie golongan bawah sekali atau sebelum bawah tu....kita kena belajar lah menjadi golongan yang pertama tu...kalau tak mampu..yang kedua..kalau tak mampu..yang ketiga...kalau tak mampu jugak..jangan pilih yang keempat...


tau nak buat macam mana ? 






tampaq muka anda bertubi2...lepas tu kata...adoi ! sakitlah...lepastu anda jugak sendiri yang kata....takpaaaa.....sabaq.....


teruskannya....hari2 tampaq muka anda....lepastu kata sabaqqq......sampailah kena tampaq dah tak rasa apa....time tu baru berhenti....


ada berani ? hahahaha


moralnya...hampa akan marah diri hampa sendiri sebab tampaq muka hampa...hampa akan marah dekat ketidaksabaran hampa sendiri...mungkin lepastu hampa akan tau apa itu sabar..dan hampa akan sedar yang hampa tu tak sabar sebenarnya..sampai dengan tangan sendiri pun nak marah ! :D


bila lah husband i nak call nih....rindu tahap kucing dah nie...tak palah...sbarrrrr......






pstt// : jangan cuba menampar orang lain..nanti binasa~~






bersabarlah....sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar :)

Wednesday, November 2, 2011

anda sedang belajar di universiti ?

bismillahirohmanirohim ^^

saja nak share video...video nie selalu bagi semangat dekat alang...dan video nie ditujukan khas oleh alang untuk sapa2 yang sedang belajar tak kira dekat mana pun..

terutama duduk dekat universiti..apa pon boleh !

kalau kita tak kuat semangat..maksiat menunggu di sebelah kita..

why ? sebab bila kita masuk universiti..perempuan dan lelaki dah tak da batas..kecuali kalau hampa buat batas sendiri la kan....
batas ??


errrrr .....
















bukanlah ! nie batas nak tanam pokoklah..hahaha..janganlah 'errkk' sangat..

maksud alang..batas pergaulan antara lelaki dan perempuan...
macam nie ha...
















bukan bermakna tak boleh bergaul...tapi..menjaga pergaulan..pehe ?

kalau tak pehe lagi tak tau la nak habaq...

nie lirik lagu tu...

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh,Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti,Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah,Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah,Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan,Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara,Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa,Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa,Ujian lumrahnya dunia... 











berjalanlah tanpa henti...mengharungi onak dan duri...dalam universiti..dlm menggapai pelangi....dengan menadahi doa buat ILLAHI...supaya hidup diredhai..insyAllah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...