Friday, May 11, 2012

testing

haluuuu....assalamualaikum....testing2

Tuesday, May 8, 2012

tudung labuh pelindungku

bismillahirohamnirohim ^^

herm....kawan2....sorry again....alang tak dapat nak sambung lagi cerita masa kat umrah tu sebab panjang sikit nak mengarangnya dan alang kena sambung jadik baby siter balik..insyallah...nanti alang sambung yer :) 
okeh..sebelum tu..alang nak kongsi satu artikel tentang tudung labuh yang di tulis dalam blog sorang ustazah nie yang bernama ustazah fatimah syarha..kenai ? haaa..ramai ja angguk tu...huhu..sapa tak kenai google la noh...kat youtube pun banyak jer video ceramahnya..memang osem lah..dahlah comel..dapat suami pun comel....opss..hehe..dak33..hampa tak caya tengoklah sendiri...hehe...ustazah nie banyak cerita pasal cinta..dan2 senyum nohh...suka lah tu.. ^^ 
so..bukak mata..hati..minda..dan baca artikel di bawah ya..insyallah ^^

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnyahanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.



Saturday, May 5, 2012

bila nak pakai tudung...


‎"kau bila nak pakai tuudung ?"
" nantilah tunggu hidayah sampai "
"tu..dia tengah berjalan dah tu..tak nampak ka ?"
"mana2 ?"
" pangg !"
"dah nampak ? "
"hg gila ka ? "
"aku nak bagi hang nmpk jaaa"
"aku tak nampaklah ! "
"hg cuba pakai tudung,konpem3 nampak punya"
"tipu !"
"pakai lah dulu tengok "
"ok"
"lanie apa hg rasa ?"
"rasa lawa la pulak"
"haa...tu hidayah dah sampai..dah lama sampai sebenaqnya"
'mana ?"
"hg nak kena penampaq lagi ka ?"
"hee..larik !!,sat2..sebelum tu..terima kasih tolong bukak pintu hati aku untuk merasa lawa bila pakai tudung"
"bukan aku,Allah yang bagi.mungkin lanie hg kata lawa..lepasnie..hg akan rasa yg tudung tu jadi pelindung hg..percayalah"
"aku tak paham"
"penampaq mau ? "
"saja ja..heee...larikk !!! "

Friday, May 4, 2012

bagaimana melupakan ?

bismillahirohmanirohim...

Allah..yang membolak balikkan hati hamba2Nya...janganlah kau bolak balikkan hati hambaMu ini ya Allah...

okeh..entry nie adalah entry luahan hati..sapa taknak baca abaikan :'(

kamu....kamu ingat tak ? kalau kamu tak ingat...meh alang nak ingatkan...

alang masih ingat..dulu..masih segar dalam ingatan nie walaupun hakikatnya alng nie seorang yang agak pelupa...kamu selalu temankn alang baca al-quran..kadang2 tu kesian tengok kamu sampai tertido atas riba alang sebab tunggu alang lama...bukan alng sengaja..tapi alng kena berlatih sebab nak masuk tilawah time tu...alang suruh kamu balik tidur bilik kamu taknak..kamu nak tunggu alang jugak...bila alng teringat kenangan tu...alang teringat yang nabi pun pernah tidur atas riba saidina abu bakar semasa di gua thur..ukhuwah nabi dapat lihat di situ...dan ingt ukhuwah kita pun sekuat itu...lepas tu kita jemaah sama2..kadang2 ada sekali dengan kawan2 kamu yang lain...yang memang rapat jugak dengan alng..campuq dengan kawan2 alng...memang bahagia sangat time tu..umpama satu keluarga...


kongsi masalah sama2..kamu kalau ada problem kamu cerita dekat alang...alng ada masalah cerita dekat kamu...malam2 kita sembang gebang sampai 1,2 pagi..last2 tertidur dekat katil kosong sbeelah kamu nuuh..kamu nagis bila ada masalah yg kamu tak sanggup nak hadapi...kamu nagis depan alng..atas bahu alang..sedangkan nak tgk air mata kamu teramatlah susah..tapi kamu tak kisah bila depan alang..kamu alang dah anggap mcm adik sendiri...dan kamu mungkin dah anggap alang mcm kakak kamu sendiri...kadang2 tu alang ada masalah...kamu datang bantu alang...alang tulis surat...kamu balas dengan tenang...subhanallah..kamu memang seorang adik merangkap sahabat alang yang pandai selesaikan masalah alang...tenangkan alang...




masa alang nak spm..kamu nak pmr..study sama2 sampai pagi..gelak2 sampai tak larat gelak..kita buat homework sama2..kadang2 depan dorm..dalam dorm bukak lampu kecik..huhu..kadang2 tu..makan pun sama2...kalau minggu balik jer..lang akan bawak balik makanan..penah sekali alang bawa balik nasik kandar..kamu kata kamu tak pernah makan..alang suruh try...kamu takmau..alang suruh try jugak..last2 kamu makan..tercungap2 pedas..kejam kan ? hehe..lepastu kamu cuba nak tiru alang suka makan pedas...cet..padahal tak leh tiru pun...huhu..


masa buat homework ka..nyanyi sama2..kamu suka nyanyi dekat alang..alang ingat lagi lagu tu lagu dalam cerita papadom yang adflin shauki berlakon tu..
lirik dia lebih kurang mcm nie yang kamu suka nyanyi..saya suka sorang budak nama dia alang,hari2 saya tunggu dia balik sekolah,alang balik alng bawak aiskrim dua,saya...sayang alang sangattt...huhu..lawak pulak tengok lirk ciptaan kamu tu..tapi mcm tak percaya ja sorang manusia yang tak reti nak nyanyi2 nie..boleh pulak dok buat gila nyanyi mcm tu...tu yang kamu tu osem...sebab depan alang ja kamu tak malu nak buat gila..haha...memang gila sungguh..haha..


kalau dengaq kata alang sakit..mesti kamu datang laju ja...teman alang..alang suka migrain dulu...selalu pulak tu...tapi setiap kali tu kamu datang urut kepala alang..teman alang sampai tertidoq kadang tu...macam mama jaga alng..macam kawan2 baik alang jaga alng..macam tulah kamu jaga alng...mana ada junior lain yang boleh buat gitu...sangat penyayang...yang bestnya tunjuk kat alng jer tu sifat penyayang..huhu..


kamu pernah bagitau kawen nanti nak cari laki yang macam ayah kamu..pasai pa? pasai ayah kamu tu lembut ja..tenang ja..alim ja orangnya..dan boleh terima kamu yang memang gila333 keras kepala tuh...dan tahu nak manage orang yg keras kepala macam kamu tu....time tu serius alang nak gelak gila...haa laa..memang kamu tu keras kepala sungguh...semenjak rapat dengan alang..berjaya jugak alng lembutkan hati kamu tu..hahahaha..


Allah...terlalu banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan alng nih..terlalu banyak....sampai alang dah tak larat nagis bila teringat balik....kenangan tu..


tak sangka pengakhiran ukhuwah kita dengan kekecewaan...hilang macam tu jer..masa nak dekat spm tu...dalm buln 5,2010..kamu berubah..semakin lama...berubah..kalau bleh takmau tengok muka alang...bila alng tanya kenapa..kata takdak apa..bertambah tensionlah alng...bila tanya kenapa takmau cakap dengan alang..kamu kata kamu tengah cakap sekrang nie...memang payah bila cakap dengan bakal lawyer nie =='

alang taknak lost contact dengan kamu..tapi kenapa kita terpaksa lost contact ? alang redha..tapi persoalan yang terlalu banyak dalam kepala alang nie masih banyak tak terjawab kenapa kamu blah gitu jer....bila tanya kamu...tengok muka alng pun kamu taknak...Allah....

bila tanya kawan kamu..kawan kamu kata kamu tak sanggup nak tinggal alang...bila habis spm nanti mesti kamu teringat dekat alang..so...nak buat bagi alng benci kamu..nak buat bagi alng tak syang kamu lagi..lupakan kamu terus..tu alasan yang kawan kamu kata..tapi kenapa perlu kita lost contact ? tak boleh ka kita terus contact mcm dulu ? tak rasa bodoh ker pa yang kamu buat tu ? ptuskan ukhuwah kita yang terlalu rapat tu ?


kamu tahu kan kita dah macam satu keluarga dan memang kita ada hubungan adik beradik pun..tapi..apa kamu buat..alang tak tahu lagi nak cakap apa..bila cakap lagi..kamu akan cakap semua salah kamu..ok..heemm.....ya Allah...ukhuwah yang kita bina terlalu rapat...hanya Allah yang tahu betapa rindunya alang pada kamu :'(


alang pernah berdoa..supaya kita dapat jumpak..dan kita minta maaf sesama kita face to face..dan kembali rapat macam dulu...dan kalau tak ditakdirkan jumpa pun..alang nak kamu hilang dalam ingatan alang..hati alang..sebab alang dah tak sanggup lagi nak tanggung rindu..kamu tahu..alang bila dah syang..alng syg sungguh2..depan kaabah alang doa..tapi..semenjak doa tu...semakin kerap alng mimpi jumpak kamu..sebelum tu..alng ada mimpi..tapi...selepas tu boleh katakan hari2...dan setiap mimpi alang tu mesti ada satu ciri2 yang sama...iaitu kamu yang datang kat alng dan mintak maaf..alang tak tahulah apa petunjuknya atau semua tu mainan tidoq ja...atau mungkin alang terlalu rindu kamu..atau mungkin tu satu petanda yang one day kita akan jumpak kembali dn saling bermaafan...wallhualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...