Sunday, August 12, 2012

again,again and again

Bismillah...


Maha suci Allah...yang menciptakan kita hanya untuk beribadah ke padaNya....


Nie2...korang tau kan sekarang nie dah masuk 10 malam terakhir ? Allah....cepat sungguh kan ?


Sayup ja rasa hati nie...alang risau nanti habis ramadhan...habih dah hari2 berkat...hari2 keampunan...rasa rindu yang teramat dekat ramadhan...


Adakah ini ramdhan terakhir kita ??


Buatlah amalan seperti ini ramadhan terakhir kita...


Sblum tu....jgn lupa...lailatur qadar menanti...jgn tinggal ibadah sunat 10 malam terkhir nie yer kawan2 !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 5, 2012

duit syiling jatuh dari langit !

bismillah... :)



TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita .


ehsan : pesbuk


# betulkan ? bila kita susah,sakit baru kita nak sebut...


"Allahh...."
"ya Allah..."
"ya Allah beri kekuatan..."
"ada hikmah semua nie .."
" jodoh,mati,rezeki di tangan tuhan "  (typical dalam filem..bila putus cinta tak pun bercerai =.=')




tapi bila kita dapat duit atau rezeki...berapa ramai yang ucap..


"alhamdulilah.."
"trima kasih ya Allah.."


tapi yang banyak kita dengar..


"fuyoo...duit..osem nieh ! "
"tudiaaa..boleh joli dah nie "




pst : bayangkan kita macam negara2 islam lain yang di tindas kat luar sana ? agak2 leh hidup tak ? kuatkan depa ? sory to say...orang malaysia tak sekuat mereka...sebab tu mungkin Allah tak uji kita dengan ujian seperti mereka...tapi...sebaliknya...Allah uji kita dengan cara yang lain...semoga kita sentisa mengingati Allah dalam apa jua benda :)







CINTA again

bismillahirohmanirohim.. :)


nak kongsi sikit...


JANGAN KERANA CINTA, kita gugur dari perjuangn, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. CINTA tidak semestinya akan berakhir dengan PERKAHWINAN dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. 

KESETIAAN akan mengikat cinta, KECURANGAN akan meranapkan segala kemanisan cinta… SESEBUAH PERKAHWINAN akan menjadi INDAH jika CINTA TERUS BERSAMA..."

Tuesday, July 24, 2012

3 jenis cara kejutkan orang bangun sahur

bismillahirohmanirohim... :)

haa...hampa boleh try kat rumah nuh..takpun kat roomate ka..hehe

practice make perfect kan ? hehe

Kalau nak kejutkan orang
bangun tidur especially
sahur..cam ni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan
sambil tu panggil nama dia
perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan
goyangkan perlahan
lahan..sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia…
sambil panggil nama dia…
4. Tampar tampar manja pipi
dia.. sambil panggil nama dia…
5. Tutup kipas / air cond

Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat…
2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam
hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi… kalau
boleh air rendam baju dalam
korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh
dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then
jerit gempa bumi! gempa bumi!
tsunami! tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke tak pun
ikan patin masak tempoyak yg
baru dimasaksebelah hidung
dia.. bagi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect
gak
1. Pergi kat telinga dia… then
sebut maa rabbuka! sambil seru
nama dia banyak kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah
yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect
gak…ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau
untuk uruskan… kerana tuhan
lebih menyayanginya.





credit : facebook
wallhualam.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...