Tuesday, October 15, 2013

hoi wahan !

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."



allahurabbi..moga kita di jauhkan dari semua ini dan menjadi umat yang di pandang rasullullah saw di msyar nanti T_T



Sunday, October 13, 2013

bahana youtube

bismillah..

anak remaja sekrang semakin hari semakin menjadi2,malu tu dah hilang ibarat ais krim yang dah nak cayaq..tambah2 yang perempuan nie...Allah2 adik2 ku...

dulu masa zaman alang ada gak youtube fb,friendstar semua mak nenek tu tapi tak pernah lah dengar orang bercinta putus buat video time sekolah2 dulu...habih2 pun surat...kalau ada pun buat video tu amatlah sedikit golongannya

ttapi laniee,macam jadik trend pulak dah adik2 aku yang comel2 belaka nie buat video putus cinta..muka comel dah,hati pun mesti comel kan..tapi akal adik tak guna betoi2..

sayang dik..sayang...nanti bila hampa semua dah besaq,baru lah tahu erti penyesalan dan hampa akan ada satu penyakit baru iatu gelak sorang2

awat gelak sorang ?

sebab teringat masa zaman muda dulu kenapa aku boleh buat benda bodoh lagutu..dan sekarang alang tengah menghadapinya..hahaha

jadi nasihatnya...abaikan permainan jiwa yang suka ajak kita berperang ala2 komander gitu padahal kita nie prebet ja,faham kot noh ?

jom kembali pada islam...banyak lagi binatang lain boleh buat..dari duk hangit bercinta yang tak berkesudahan tu..

seriusly alang buat kajian sendiri berdasarkan pengalaman dan sekeliling..flow orang bercinta nie sama ja..betoi sama...kalau tk percaya hampa jangan try..haha

awal perkenalan pijak semut pun tak mati bai..dah tengah bulan tu gaduh2 manja kononnya nak uji KESETIAAN lah tu,last2 uji kesetiaan sungguh,gaduh betoi..pastu mula lah berlaku sesi pujuk memujuk..

lepastu sapa boleh sambung ?

ok fine,bukan ada orang baca pun kan,mehlah aku sambung sendiri -_-

lepastu baik lah balik...dua tiga hari lepas tu gaduh lagi..flow yang sama berlaku kat atas..
sampailah boring..last2..


"kita dah tak berkesefahaman" dak pun

"saya bukanlah yg terbaik untuk awk"

tak pun laki atau perempuan tu curang...habih cerita gitu ja..setakat alang jumpak berpuluh2 pasangan kebanyakkan tak sampai jinjang pelamin pun,sikit sangat yang sampai jinjang pelamin tu pun kadar cinta dia tk lama terus kahwin..selalunya perempuan lah emo lebih sebab semua orang tau perempuan nie hati dia lembut..last2 ada yang bunuh diri,jadi pasif,tak nak belajar,buat kerja gila macam video lah trend sekarang..bagi satu dunia tau masalah dia,sampai macm tu akhir zaman ni..

see ?

mudah sungguh barat meracuni kita kan ?



jadi apa tunggu lagi...takyah bercinta lah boh ! tolong agama Allah lagi best,bercinta dengan Allah lagi best,,tak pernah curang pun dengan kita..


wallhualam...

Monday, July 29, 2013

wahai manusia !

wahai lelaki2 dan muslimin2 di luar sana,sedarkah kamu tanggungjawab kamu menjaga kehormatan wanita dan melindungi wanita,bukan mengajak mereka bercouple untuk memnuhi nafsu masing2 dan menghancurkan mereka,sedarkah kamu muslimat2 di luar sana sedang di kecam oleh musuh2 Allah tetapi muslimin2 di sana tetap melindungi wanita sehabisnya walaupun di siksa dan di tembak?wahai muslimin di mana tanggunjawab kamu untuk menjaga kehormatan wanita ? apakah kamu mahu di gelar lelaki pengecut kerana membiarkan adik2 kamu,isteri2 kamu,anak2 kamu,ibu kamu keluar rumah seperti orang yang takda harga diri ?

wahai muslimat,sedarkah kamu bahawa kamu begitu berharga dan aurat kamu sangat2 berharga ? tahukah kamu setiap kali kamu keluar tanpa menutup aurat dengan sempurna Allah tak redha setiap langkah kaki kamu dan bayangkan kalau nabi lihat umatnya pakai baju ketat2 dan tidak menutup aurat apa nabi rasa ? manusia yang masih menyebut ummati...ummati..ummati sebelum kewafatannya...

teruknya kita ! allah3...ampunkan kami...banyak khilaf yang kami dah lakukan...jangalah engkau bebankan kami dengan beban yang berat,janganlah engkau timpakan bala pada malaysia teruatamanya atas sebab segelintir kami yang alpa dan leka dengan nikmat dunia..ya rahim...ya Allah..
 

Thursday, May 9, 2013

PRU 13 malaikat raqib sibuk !

Assalamualaikum, ;)


"Sibuk betul Malaikat Raqib masa PRU13. Iman habis berguguran. 
Malaikat Atid tongkat dagu tunggu bila lah nak buat baik diorang ni."



Makanya, renung-renungkanlah.. Kalau dah termengumpat atau terburuk sangka, pergilah minta maaf sesama sendiri. Takut nanti ada yang pendek umur tak sempat bermaafan, kena pula cari nak menuntut kemaafan kat Padang Mahsyar nanti. Kita hidup untuk bersatu padu dan buat baik sesama manusia, bukan nak bergaduh serta berpecah belah. Politik itu manfaatkan untuk kebaikan dan hak rakyat Malaysia. Ye tak?

Salam muafakat dan sekian.. Ikhlas dari, 

Budak student yang bakal mengundi kali pertama 2018 nanti.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...