Thursday, May 12, 2011

lidah kita ada racun sebenarnya !

assalamualaikum...

sapa belum tidur??..kalau belum tidur..jom baca entry nie..

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali tu jelas menunjukkan kepada kita besaqnya peranan lidah dalam kehidupan manusia...kerana lidah kita boleh masuk syurga..dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka....


Oleh sebab lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan...dalam hidup manusia...kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah....time tgah bercakap.. Dengan kata lain, kita kena pandai menggunakan lidah apabila bercakap.....

ukeh..kalau kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengaqnya sakit hati atau terguris.... ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita....pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa..
btoi dak??
haaa..sebab mulut lah habih badan binasa....


so...sebelum kita berkata sesuatu pikiaq dulu.... Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan x sia2 atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita cakap perkara yang boleh mendatangkan dosa....Sesungguhnya orang beriman x bercakap perkara yang sia-sia dan x berfaedah....

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia nie...iaitu yg mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah....berzikir...mengerjakan solat...dan ..sebagainya.....Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam....manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar....maksiat dan x mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya....Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja.. x sakitkan hati orang lain...x mengucapkan perkataan kotoq  atau kasaqnya maki dan x banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.....

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


smoga kita dapat menjaga lidah dengan sebaiknya..insyAllah :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...