Thursday, May 24, 2012

berubah sebab nak tutup kelemahan diri ?

bismillahirohmanirohim.. :)

alang nak share sikit soalan dan jawapan tentang suatu benda nieh...ada hamba Allah tanya alang soalan..selalu jugak dia tanya alang..sebab alhamdulilah..dia nak ubah diri dia untuk jadi lebih baik..so..alang kena tolong dia walaupun ilmu alang tak tinggi mana kan..alang tolonglah yang mana mampu...alang cuba lah menjawab semampu mungkin..

soalannya berbunyi ;

"Assalammualaikum akak, akak apa kita nak buat if ada org kata yg kita berubah sebab nak tutup kelemahan & kekurangan diri bkn nak berubah sbb untuk jd lebih baik..... "




jawapan :

manusia nie pelbagai ragam..dan mulut manusia nie pun memang banyak2 ragam lagi lah kan... pernah dengar kisah luqman al-hakim dengan anak nya ?

Suatu hari Luqman Hakim dia masuk sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula,mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman  itu, sesetengah orang yang


berdiri di pinggir jalan pun berkata : 

“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap2 duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."  


Setelah dia dengaq kata2 yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.  Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu


berkata pula :  


"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan 
kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."  


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus
naik ke atas belakang baghal itu bersama2 dengan anaknya.  Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi : 


"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah
siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."  


Oleh kerana tak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi
suara orang berkata : 


"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah
bodohnya!"  


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah,Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap  manusia dan telatah mereka, katanya :  


"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan 
manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil 
pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang
siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."  


kan ? semua benda salah di mata manusia..


bila dia cakap gitu..
kita just senyum..dia sapa nak nilai org macam tu..manusia macam tu 

kita tak payah berdebat sebab kalau berdebat pun kita takkan menang sebab mereka tak 

faham...mereka ikut hati..bukan ilmu..

  • kenapa ?

  • dia takdak kelemahan langsung dalam diri dia ? 
    dia maksum ? maksum hanya untuk nabi..

  • tak...tak....dia manusia..macam kita..
    dia pun ada kelemahan dia sendiri..dan dia tak layak nak kata kat orang macam tu..sepatutnya dia kena sedar yang org tu dah maju dengan agama..dia masih mundur jahiliyah...

    sebab apa dia masih mundur ? sebab dia tak fikir untuk diri dia..tapi fikir untuk orang lain...kalau fikir untuk orang lain membawa kebaikan takpa lah jugak..nie fikir untuk orang lain hanya kerana nak cari salah orang....

    menjawab soalan tak ? :)





    hampa pernah makan benda nie masa kecik2 ? mesti pernah kan ? :P



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...