Monday, April 4, 2011

cara-cara nak buat tomyam yg best !

assalamualaikum..ok..disebabkan angin boring alang telah kembali menjadi rajin..alang nak kongsi ngan korang mcm mana nak buat tomyam yg best...cara nie di ajar ooleh tukang masak handal kepada alang..  tukang msak nie yg sgt terkenal dgn masakannya yg sedap terutamanya nasi lemak !..yeah2...iaitu mama alang !!..huhu
tgk gambar nie dulu untuk memastikan mood korang suma datang berkepoi2...:D
senang dan mudah !
 bahan2 :
  • bawang putih 2 ulas
  • bawang besar sebijik
  • serai 2 batang
  • tomato 2 bijik kalo kecik,kalo besaq 1 pon ok
  • cabai melaka/cili
  • sos cili n tomato
  • limau kasturi 6 bijik
  • daun limau purut 4 helai
  • daun rempah (ketumbar)
  • ayam/daging/sotong/udang/dll yg sewaktu dengannya yg orang rasa nak tauk dalam tu dan siap dipotong la yer
  • garam,stok ayam
inilah rupa ketumbar bagi sesapa yg x taw..rupa dia mcam daun sup..jgn tersilap :)

cara2nya :
first kali,korang ketuk2 dulu bwang putih dan ptong halus..then,sediakan periuk yg sesuai dan tuangkan sikit ja minyak,tumis bwang putih tu,dah ok masukkan air dalam 4 cawan biasa..kalau nmpk sikit sgt tmbah sikit air tu..klo byk sgt kurangkan..agak2 suku jer periuk..kemudian...masukkan semua bahan2 kat atas tu kecuali
asam limau kasturi,daun limau purut dan daun rempah(ketumbar)

then,korang masukkan sos cili  dalam 2 sudu dan sos tomato 1 sudu biasa tu...masukkan garam secukupnya,stok ayam
p/s :kalau nk pedas tambahkan cabai/cili melaka dan tumbuk sikit dalam lesung batu
      : serai pun perlu di ketuk2 supaya lebih wangi dan menyerap ke dalam kuah
kacau smpi mendidih
kemudian barulah masukkan bahan yg di higligth kat atas tu...rasa tgk cukup x garam n rasa masam tomyam tu...kalau kurang masin..tmbah garam..kalau kurang kaw pasal asam..perah lagi asam limau kasturi...ok done !
senangkan??
alhamdulilalh...dah siap...selamat mencuba dan gud luck ! :)

borink ('',)

assalamualaikum....korang taw msud borink?...saper borink kt snie?...saper stuju angkat tangan mcm saya(usop welcha)hahaha :D...why huh...rasa mlas sgt nak buat entri..huhu...aduh...mlas nak menaip..kah3..sapa2.tulun taip ja..alang hya jadi tukaq karut..kih3...boleh? uke...
bagi memastikan entri alng yg nie bermanfaat jugak alng nak bagi maksud borink...encik google kata boring tu dalam bahasa melayu bermaksud "membosankan"..jadi inilah pelajaran kita pada hari  ini ya...sekian (inilah pntingnyer english education..) :D
pemalas punya alang =='

Friday, April 1, 2011

Lebih Ramai Pemandu Lelaki Terbabit Dalam Kemalangan Berbanding Wanita ?

ok...mesti ramai lelaki2 di luar sana x dapat trima kenyatan..hahaha..tpi alang x ckap bohong uke?...fakta pon ada...dari segi pemikiran pon korang pikirlah...korang bayangkan situasi dalam kereta ea

situasi :di dalam kereta semasa igin memandu minah bersama ibunya maksom
minah : sedang bawak kereta
maksom : adek,jgn lupa tu pakai tali pinggang,uke...tegok kereta dlu blakang nak jalan yer..biar dia jalan dulu..bagi dia jalan..slow2 x per..janji selamat..mak takutlah..nanti accident nanti saper yg susah n blablablabalaaaa........

situasi :minah bersama ayahnya pak kob
minah : sedang membawa kereta tanpa memakai tali pinggang n pusing blakang dah
pak kob : uke jalan adek..laju sikit...x payah bagi jalan kat dia tu..nanti kita yg terlepas ke belakang..laju skit..laju skit..ala..slownya...adekkan dah cekap...buat pa nak takut lagi..


see?...dari kisah dongeng(benar2 terjadi) nie korang dah buleh agakkan pemikiran antra prempuan dan lelaki..lelaki memang nak cepat jer..perempuan lebih mementingkan keselamatan...jgn la marah ea..kenyataan..hehe..korang baca nie 

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.
Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.
Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.
Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.
Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.
- Kuala Lumpur, 30 Mac2011

uke..x mau cakap banyak...terimalah kenyataan keyh..keh3 :D

mau ka kita mati dalam keadaan di belenggu hutang?

assalamualikum korang suma...alang nak kongsi korang psal tjuk kt atas tu...alng dapat artikel nie dari iluvislam..so..korang baca la ea..panjang2 x per..janji dapat ilmu kan?kan? :D

Kita tidak pasti sama ada kita akan terlibat dalam kemalangan atau tidak, dan kita tidak pasti sama adakah kita akan terselamat dalam kemalangan tersebut atau tidak. Kita tidak tahu, bukan?
Walaupun kita tidak tahu, tetapi kita sedar setiap kali kita memandu kenderaan kita berisiko untuk terlibat dalam kemalangan, dan kita KHUATIR. Maka sebab itu kita mencarum insurans. Benar, bukan?
Kullu nafsin zhaiqatul maut – setiap insan pasti akan merasai mati. Tidak KHUATIRkah kita? Apakah kita bersedia? Kerana kita tidak mahu tinggalkan dunia ini kelak, kita masih terbelenggu dengan hutang – hutang pada manusia, hutang pada Allah (puasa, zakat dll), atas kesedaran inilah Warisan Mukmin Sdn. Bhd. dan Amanah Raya Berhad melancarkan Tahun Menulis Wasiat 2011.

Tahun Menulis Wasiat 2011

Dengan tema "Tiada Hari Tanpa Wasiat", kempen Tahun Menulis Wasiat 2011 telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Ahmad Saruji Abdul Aziz, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Berhad pada 30hb Mac 2011 bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kempen ini adalah anjuran Warisan Mukmin Sdn. Bhd., dengan kerjasama Amanah Raya Berhad.
sabda rasulullah saw :
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"  - Hadis Riwayat Ibnu Majah

Apabila berlaku kematian ke atas seseorang Muslim, harta yang ditinggalkan oleh si mati WAJIB diuruskan dengan SEGERA mengikut urutan-urutan berikut :
1.    Perbelanjaan pengurusan jenazah
2.    Melunaskan tanggungan hutang (hutang Agama, seperti puasa, zakat, haji dsb)
3.    Melunaskan tanggungan hutang (hutang kepada manusia)
4.    Pembahagian harta sepencarian
5.    Menunaikan wasiat
6.    Mengagihkan bahagian Faraid

Hutang Selesai Bila Mati?

"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" - Riwayat Muslim
Sering kali terjadi, maklumat yang sering diabaikan adalah hutang. Sehingga terjadi suatu kisah, pemiutang meletakkan mesej hutang berserta alamat untuk dihubungi pada kubur penghutang – si mati! Mahukah perkara sebegini berlaku kepada anda?
Awas, perlu kita jelas, keenam-enam langkah di atas TIDAK AKAN berlaku secara automatik selepas kematian anda. Sebaliknya ia perlu dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, dan paling penting, menurut syariat.

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung, yakni terhalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutang itu dijelaskan" - Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad

Antara masalah biasa berlaku berkaitan harta pusaka selepas kematian ialah :
01Hak waris tidak tertunai

Waris tidak mendapat haknya, dan akhirnya harta tersebut dibekukan
02Tiada sepakat antara waris

Biasa berlaku salah faham, perebutan harta dan akhirnya menjejaskan silaturrahim 
03Hutang tidak dibayar

Menyebabkan amalan si mati tergantung (Nauzubillahi min zalik)
04Hukum Faraid tidak dapat dilaksanakan

Pembahagian harta pusaka kepada waris yang layak mengikut nasab tidak boleh dilakukan
05Pembekuan harta

Yang kini berjumlah 1juta kes dengan keseluruhan berjumlah RM42 bilion!
06Tempoh pengagihan pusaka yang lama

Boleh mencecah sehingga 5 hingga 20 tahun   
07Pentadbir yang tidak amanah dan tidak berkemahiran

Pentadbir, atau pemegang amanah mestilah faham dan tahu maklumat harta dan hutang si mati
08Kesukaran menuntut harta sepencarian

Mengambil masa yang lama dan tidak seperti yang diharapkan
09Berlaku kes 'makan hak orang lain' 

Amanah Raya dan Warisan Mukmin menyasarkan 5000 wasiat berjaya didaftarkan sepanjang 2011.

"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut daripada umatku." - Hadis Riwayat Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah r.a

korang jgnn ambil mudah soal Faraid, jgn ambil mudah soal hutang, jgn ambil mudah risiko tanpa wasiat. Dokumen Wasiat mungkin hanyalah sehelai kertas, tetapi hanya kertas ini yang dapat 'bercakap' bila kita sudah tiada nanti. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya," sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. harap2 benda nie dpt bagi ilmu kat korang..wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...