Saturday, May 14, 2011

isra' mikraj by Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica

assalamualaikum...haa..lagu nie memberi pengajaran kisah Isra' Mikraj Nabi Muhammad saw diangkat ke langit dalam masa satu malam ja....betapa pentingnya peristiwa ini sehinggakan satu surah dari al-Quran kalamullah diberi nama surah al-Isra'. Bersama kita menghayatinya.


Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra? mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya


kucing itu saham akhirat !

assalamualaikum...

ha...mcm mna hri nie...adakah lebih baik dari semalam..? smoga kita sma2 menjadi lebih baik dari semalam..insyAllah :)

kucing? sapa x kenai kucing angkat tangan mcm saya ! haha

uke..bagi sapa yg x tau kucing tu apa...kucing adalah sejenis binatang yg berkaki empat...pi la mana pun mesti kucing ada..kucing nie comey...mcm saya..errr...perasan lagi..haih..haha

kucing nie antara binatang yg disayangi rasullah saw..dan rasullah sendiri ada kucing peliharaannya sendiri...dan kucing nie adalah binatang yg selalu bersama dengan manusia..mcm2 oo kisah kucing nie...


Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.

takutkan? memang takut dengan azab Allah...nauzubillahminzalik...
pasai tulah kita jangan sepak terajang kucing tu...atau buruk sangka dengan kucing tu..
manusia nie kalau pasal kucing suka cepat marah...contoh kalau sekor kucing tu curi ikan sekoq..haaa...dapat kucing tu dikatuknya kucing tu sampai lunyai...x maulah macam tu..xmau3...hehe..pastu pulak..kalau kucing kesayangan kita..jaga bukan main..bagi makan "whiskes" lah.."whuskes" lah..err..betoi dak eja? kalau kucing lain yg x kenai datang mintak makan...mau kena kejar kucing tu dengan parang..uhuhu..bukan x bagi hampa syg kucing peliharaan tu..cumanya..kucing yg x dikenali nie..janganlah pandang mereka jijik..

pernah kah kita terfikir kenapa kucing banyak berdamping dengan manusia?
pernahkah kita terfikir bahawa kucing tu SAHAM AKHIRAT untuk kita?


yap..memang saham akhirat...kita bagi makan...alang percaya dia x kan kacau kita..tambahan kita jugak dapat pahala...kalau dia x buat masalah..jangan pukul dia...dia pon makhluk Allah...yg bernyawa...janganlah terlalu kejam terhadapnya...

kalau dia curi makan..jangan salahkan dia.tapi salahkan diri kita sebabkan biarkan dia kelaparan...ha lah..kucing mana buleh masak sendiri kan?..kang kalau dia masak sendiri kita gak yg pengsan nengoknyer..haha..kalau lah kita bagi makan kat dia..agak2 dia curi lagi ker?..mestilah x dah kan...kita dapat pahala..dia jugak akan doakan kita nanti..jgn risau nasi x cukop ker aper ker....sebab kita di kira bersedekah kalau bagi kucing makan...so...percayalah...Allah tu maha pemurah...rezeki melimpah2 datang menuggu kita kalau kita x kedekut...
pastu kita janganlah buruk sangka kat kucing tu....contohnya

kucing tu lalu ja depan kita..pastu satgi kita kata kat dia "..haa...haaa....tu nak curik ikanlah tu...nak mencuriklah tu " kucing tu pon cakap "aku lalu ja pon kena sembuq ka,x curik pun..takpa2 akhirat nanti aku tuntut bela ! "

haa mampoih ! kan..bukan tipu nah..btoi2 nie.. bukan buruk sangka dengan orang jer x buleh..tapi dengan binatang pun sama..


xpayahlah kita nak sombong dengan makluk lain di atas muka bumi yg fana nie..kita dekat bumi nie hanya tempat persinggahan saja..akhirat kekal abadi... 
yup..akhirat kekal abadi...renung2kan dan selamat beramal ! :)

Thursday, May 12, 2011

lidah kita ada racun sebenarnya !

assalamualaikum...

sapa belum tidur??..kalau belum tidur..jom baca entry nie..

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali tu jelas menunjukkan kepada kita besaqnya peranan lidah dalam kehidupan manusia...kerana lidah kita boleh masuk syurga..dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka....


Oleh sebab lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan...dalam hidup manusia...kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah....time tgah bercakap.. Dengan kata lain, kita kena pandai menggunakan lidah apabila bercakap.....

ukeh..kalau kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengaqnya sakit hati atau terguris.... ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita....pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa..
btoi dak??
haaa..sebab mulut lah habih badan binasa....


so...sebelum kita berkata sesuatu pikiaq dulu.... Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan x sia2 atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita cakap perkara yang boleh mendatangkan dosa....Sesungguhnya orang beriman x bercakap perkara yang sia-sia dan x berfaedah....

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia nie...iaitu yg mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah....berzikir...mengerjakan solat...dan ..sebagainya.....Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam....manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar....maksiat dan x mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya....Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja.. x sakitkan hati orang lain...x mengucapkan perkataan kotoq  atau kasaqnya maki dan x banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.....

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


smoga kita dapat menjaga lidah dengan sebaiknya..insyAllah :)

Wednesday, May 11, 2011

nak jadi jahat cukup senang,nak jadi baik cukup susah..kenapa?

assalamualaikum...

ha..mcm mana harini?  adakah lebih baik dari semalam?..insyAllah..semoga kita menjadi hamba yg taat perintahnya :)

jahat...
ya..nak jadi jahat...cukup senang..betul x alng cakap?...x nak solat? senang jer kan? x nak buat benda wajib lain? senang jer kan? nak buat benda jahat? senang jer kan? nak buat maksiat? pon senang jer kan? bukak aurat? jugak senangkan?


baik...
ya..nak jadi baik....cuba kita tanya diri kita...tepuk dada tanya iman..nak solat? liat bebeno kan? benda wajib? susah bebeno kan? buat benda baik? susah bebeno kan? nak jaga iman? pun susah bebeno kan? tutup aurat? lagi lah kan?


cuba korang tengok masjid pun cukopla..senang x nak pi masjid berbanding dulu yg kena jalan kaki..kena naik basikal..tapi sekarang semua dah ada kereta sendiri..senang kan?  tapi kenapa susah sgt kita nak pegi untuk meramaikan...ya..mungkin faktor kerja...tapi la kan...dekat kedai kopi melepak lebih ramai atau dalam masjid/surau lebih ramai? buleh kita bezakan? of coz dekat kedai kopi lebih ramai kan?

tulah serba sedikit contoh yg alng nak bagi tau kat korang..kita nie manusia..yg selalu melakukan kekhilafan..x kira pun dia tu sapa..pangkat apa...pasti pernah buat salah...dan x kan pernah lari dengan semua nie..

iman kita nie sangat lemah...senipis kulit bawang ja..memang susah kita jaga...tapi...percayalh..kita mampu jaganya jika kita igt bahawa Allah sentiasa memerhati gerak geri hambaNya..

faktor lain lagi orang susah sangat nak jadi baik nie adalah..cacian dari orang sekeliling...kutuk mengtuk tu sropa makan keropok ja..mcm benda besa...tambah2 orang muda yg nak jadi baik...haa..lagilah...masa nie lah iman kita di uji..dengan diri yg tengah nak membesaq..rasa nak try macam2...dengan persekitaran...pastu pulak..kita duk besa dulu buat benda tu..orang pon dah kenai ngan perangai kita tu..mestilah orang kutuk habih..time nie lah syaitan amik peranan nak sesatkan kita..haa...terloncat2lah dia duk sesatkan kita..

contohnya..
korang nie jahat..dulu duk mencuri la..apa la..sampai orang kenai lah..tiba2..esok tu korang dapat hidayah..nak bertaubat..dan nak pi solat kat surau...mesti adalah manusia2 yg berfikiran negatif kat korang..xmau salam ka...kata korang saja berlakon lah...sedangkan korang memang nak bertaubat...cacian demi cacian korang dapat..orang kata.."aik..sejak bila hg bertaubat?baik plak rini"..haa..contoh la kan..mesti lepas tu korang down truih..pastu mesti x mau jejak dah surau tu..ahahaha..kan3?
dan dalam hati korang akan cakap.."buat apa jadi baik kalau orang tetap duk kata aku jahat" benda tulah yg selalu buat niat kita tu terbantut..banyak dah cerita yg alng dengaq..bila crita masalah kat alng..tulah faktornya..

pasai tulah kita kena selalu muhasabah diri kita..bila orang tu nak berubah..sepatutnya kita kena bagi semangat kat dia..sokong dia..bukan kutuk..maafkanlah segala kesalahan dia..janganlah ungkit lagi kesalahan2 dulu....


kutuk mengutuk atau kata mengata adalah racun yang terpaksa ditelan oleh seseorang untuk menjadi baik dan benda utama yg menyebabkan sesorang kembali menjadi jahat...jadi..janganlah berputus asa kerana mulut manusia tidak akan pernah berhenti untuk mencaci dan mengutuk orang..igtlah..allah sentiasa bersama kita ~
yup..mulut orang susah untuk kita tutup...
jadi..renung2kan dan selamat beramal..semoga kita menjadi hamba Allah yg taat perintahnya :)


akhir kata..alng nak kongsi sedikit ayat quran untuk kita renungkan..

Iblis berkata:”Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (QS. 15:39)
keculi hamba-hamba Engkau yang mukhlis diantara mereka”. (QS. 15:40)
Allah berfirman:”Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya). (QS. 15:41)
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, yaitu orang-orang yang sesat. (QS. 15:42)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 24:21)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...