Friday, June 12, 2009

TandA-TanDa Aku dIlamUn cInTa??

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?

Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil. 



 Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta. 
Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri. 
Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya. 
Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM . 
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia. 
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Sungguh indah
Sudah lama aku hilang dalam kelam duniawi.
Ingin sekali aku kembali kepada-Nya seperti dulu kala.

Setelah aku membaca nie...
tiba-tiba aku terasa rindu kepada yang ESA.
Ingin sekali aku bersua dan tangis
akan kebesaran-Nya
di atas tikar sejadah.

Ingin sekali aku berkata2 
meluangkan perasaan yang terbuku di hati.
Kerana kasih ku terhadap-Nya.
Akan kurnia nikmat yang telah diberikan.
Aku bersyukur dan redha akan ketentuan- Nya.
Andai kata itu adalah takdir ku.

Demi ALLAH Yang Maha ESA
Demi ISLAM yang aku sayangi
aku redha....
Dan ampunilah segala dosaku
dan jadikan aku seorang hamba
yang redha akan qada dan qadar Mu, ya ALLAH.

Amin.

1 comment:

  1. Salamu'alaykum..
    ukhty,nice pngisian!
    keinsafan tntg besarnya cinta Tuhan dr cinta semu mnusia..
    =) smg kta dlm klgn hamba2 yg dpt meraih cintaNYA..amin,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...