Sunday, October 9, 2011

jangan sebut upin & ipin !!


by Asan Ramli on Wednesday, 03 November 2010 at 02:12

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." 


Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***




lepas nie kita kena belajar bahasa Aramaic dan Syriac la pulak !
baru tau apa maksud nama alang...or nama korang maybe ? err

hari tu alang tengok bahasa lain pulak yang heboh pasal imam muda konspirasi yahudi tuh...waw ! bgus kan orang2 kita..amik tahu pasal bahasa2 pelik nieh !

akademi fantasia..idola kecil..apa yang terbaru erk ? bukan sekadar rupa ? haaaaa...yang tu bagus tau....untuk anak2 muda sekarang...mengeluarkan bakat2 terpendam...tambah2 idola kecil tu...bagus tu ! kecil2 dah pandai menyanyi ! nanti besar buleh lah ada pelapis untuk menyanyi...imam muda tu jangan tengok ! tu konsprasi yahudi tuh ! sengaja mencari bakat2 muda yang pandai bab agama lepastu jadi hamba abdi yahudi !


alang pelik lah..kenapa kita cepat sangat percaya dengan benda2 macam nie ha ?
tambah2 yang Allah tak redha 40 hari 40 malam la kalau tak sebarkan....apa benda lah...
sapa tuhan sekarang nie ?

kita ke yang menentukan nasib seseorang ?
buleh pesong akidah kalau kita terlalu percaya dengan benda2 macam nie...ingatlah kawan2..

dan alang bertambah2 pelik bila benda yang baik orang heboh dok kata benda tu salah macam upin dengan ipin nie...
setahu alang...upin dengan ipin nie adalah kartun yang memang bagus lah untuk kanak2..sebab budak kecik comel dua orang nie diajar dengan amalan2 yang baik...
  • baca doa sebelum makan
  • berpuasa
  • jangan main mercun
  • hormat yang lebih tua
  • keakraban dengan kawan2
  • jangan tamak
blalalala..dan alang rasa kalau nak disenaraikan memang tak laratlah...korang nilai sendiri lah...mana mungkin benda tu konspirasi yahudi...sedangkan yahudi cuba nak jatuhkan umat islam..bukan bangunkan umat islam dengan nilai2 yang baik yang cuba ditunjukkan oleh pengarah cerita upin dan ipin nie....

atau yahudi bertopengkan upin ipin ?? tidakkkkkkkkk !!!

kita ada minda untuk berfikir...kita ada mata untuk melihat..kita ada hati untuk menilai..mana yang baik..mana yang buruk...jangan terlalu obses dengan cerita2 yang ada tanpa usul periksa...kitakan bangsa yang berilmu...kannnn ?

kenapa bila realiti tv buat bab2 menyanyi yang sah2 kita tahu tak dak faedah tu tak da pulak orang kata benda tu konspirasi yahudi  erk ?
tapi program realiti berunsurkan agama dan benda yang ada faedah semua nak di tabuhnya konspirasi yahudi..lepas tu macam2 bahasa pulak..dalam ooo maksud tu......tambah2 upin ipin tu kan...


pap !!...heyy.....tak buleh sebut lah alang ! maksud dia anda suka yahudi ! lol..... =='

pst// ops...harap2 alang tak kena masuk ISA lah noh...eh..lupa lah..ISA kan dah tak de....
kejap2....apa kaitan pulak dengan ISA nie ? tah...alang pun dah keliru + tak betoi ~

ini nasihat alang dekat fesbuk harap ramailah yang baca.. :)

alang cuma nak ingatkan diri alang dan kawan2..kalau kita dapat berita apa2 dari facebook nih...ka dekat lain ka...kita kena baca betul2 dan kaji balik...sebab bukan semua benda betul...bukan semua benda tak betul....fikir guna akal yang kita ada..kalau rasa tak pasti...tanya yang lebih pakar dan berilmu....jangan main redah jee...silap2 pesong akidah nanti....


kesian lah dekat kamu ya upin ipin..sekali dengan korang kena cap konspirasi yahudi
 sebab obses sgt dengan propaganda yahudi..haih~




8 comments:

  1. adoi. bagaimana kita nak support buatan malaysia. kalau pentingkan animasi barat?
    upin&ipin cara yg betul mngajar bebudak dengan penuh nasihat.. orang yang cop sbgini bgitu otak cetek..

    ReplyDelete
  2. btol tue Allah bagi akal dan hati tuk guna ,, bkn duduk diam dalam dada tak berguna

    ReplyDelete
  3. @kartunis damas : herm...tulah...buat apa pun tak fikir....cerita yg lain x der pulak yg bising...haih3..

    ReplyDelete
  4. @kiera'sakura : btul3 :) mcm tema blog nie en..hahaha...tiba2 :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...