Saturday, December 6, 2008

MCAM MNA NAK CONTROL MRAH???





Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia
adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan
malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna
lillahi raji'un.". Pernah ditanya
Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh
mengekalkan sifatnya yang lemah lembut
itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu
hari sedang berehat-rehat, masuk
hambanya membawa panggang besi yang
berisi daging panggang yang masih
panas. Belum sempat daging itu
diletakkan dihadapan Qias, tanpa
sengaja besi pemanggang yang panas itu
jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan
dan kepanasan sehingga meninggal
dunia. Qais yang melihat peristiwa itu
dengan tenang berkata kepada hambanya
yang sedang pucat dan menunggu
hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah
kepada kamu tetapi muali hari ini aku
akan membebaskan kamu." Begitulah
sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais
bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri
ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya
tetapi Qais memandang segala kejadian
itu adalah dari Allah. Jikalau dia
bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia
redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus
hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia "
tuan" kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil
kembali. Kita mesti ubati hati kita.
Kita kita mesti membuangkan rasa
rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan
kita menjadi pemarah dengan melakukan
mujahadatun nafsi. Di antara langkah
yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan
Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala
perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah,
ingatlah kita ini hanyalah manus! ia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa
kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada
sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan
dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa
kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor
binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan
baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu
datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak,
ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang
membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah
dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan
perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap
sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita
perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka
orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan,
juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya
marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka
bersandarlah, Insha Allah kemarahan
akan mulai reda. Dengan cara demikian,
seperti ulasan saudara fansuri,
keegoan akan berkurangan. Tetapi apa
yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,
seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan
diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau
tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan
dgn fikiran dan akal sebelum! dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api
yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap
menyelubungi hati sehingga tidak
sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh
urat saraf, penglihatan nampak kecil
bila memandang orang, ketika itu
pertimbangan hilang, akal tertutup,
fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu
yg terbakar api terkurung di dalamnya
dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua
asap dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya
habis menjadi bara Meskipun diusahakan
menyiram.. maka air penyiram itu
akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api. berbanyak-
kanlah.. beristighfar itulah senjata
orang2 mukmin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...